Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ayam Burma, cepat Dan Mudah Untuk Para Ibu Dan Isteri Masak, Macam Ni Je Cara Buatnya

Resepi Ayam Burma, cepat Dan Mudah Untuk Para Ibu Dan Isteri Masak, Macam Ni Je Cara Buatnya

Kategori: ,
Resepi Ayam Burma

Resepi ayam burma ini rasanya sama seperti kari cuma hidangan ini tidak perlu letak santan. Ia juga tidak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak makan. Hidangan ini terlalu mudah dan cepat, bolehlah para ibu dan isteri cuba masak resepi ini lagi-lagi yang terlalu sibuk dengan kerja dan nak masak ringkas-ringkas je.

Hidangan ayam burma ini memang sedap. Tak cukup makan satu pinggan mesti tambah lagi. Ia bukan hanya sesuai dengan nasi putih tetapi boleh juga makan dengan roti jala, nasi minyak atau pun pulut kuning. Untuk pengetahuan anda juga, hidangan ini dinamakan ayam burma kerana ia masakan dari Burma.

Resepi Ayam Burma

Bahan-bahan:

  • Setengah ekor ayam (basuh dan toskan)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu setengah serbuk kunyit (bahan-bahan atas ni perap dengan ayam 10 min atau setengah jam)
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • Daun pudina
  • 1 biji tomato belah 4/6
  • 1 biji kentang
  • 1 ketul kiub ayam
  • Garam/gula secukup rasa

Bahan-bahan Kisar

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Halia besar ibu jari
  • 5 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 2 batang serai

Cara Buat

  1. Tumis semua bahan kisar sampai pecah minyak. Masukkan serbuk kari, kiub ayam dan tumis.
  2. Masukkan ayam yang dah diperap tadi dan biarkan ayam kecut sedikit. Masukkan kentang dan air (agak-agak, jangan terlalu cair).
  3. Bila kentang dah empuk dan ayam dah sedia untuk masak, masukkan tomato dengan daun pudina.
  4. Perasakan dengan garam dan gula. Renehkan sekejap dan tutup api.

Inilah resepi ayam burma untuk mereka yang ingin mencuba. Mudah sahaja kan? Hidangan ini bukan sahaja boleh dibuat sebagai santapan keluarga tetapi juga untuk kenduri. Makan sekali dengan nasi minyak mesti sedap. Selamat mencuba.

Kredit: Senah Hanes (MAHI)

Baca Juga: Jom Cuba Resepi Ayam Masak Bawang, Hidangan Ringkas Untuk Makan Tengah Hari

tags: