Hai, tak tahu nak masak apa harini? Disini, kami ada kongsikan resepi atau cara-cara memasak Ayam Cordon Bleu. Resepi ini amatlah ringkas dan sangat enak, susah tau nak jumpa mkanan ni di luar. Jom kita cuba.
Bahan-bahan:
- 1 bahagian dada ayam (ditumbuk sedikit supaya sedikit leper)
- 1 sk garam
- 1 sk lada putih berperisa
- 1 sk paprika
- 1@ 2 keping keju
- 1 biji sosej (direbus terlebih dahulu)
- 1 biji telur
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan serbuk roti
Cara-cara memasak:
- Ambil 1 bahagian ayam yang sudah diketuk, kemudian taburkan sedikit garam, serbuk lada hitam dan serbuk paprika ke atas ayam dan perap selama 1 jam
- Setelah selesai diperap, letakkan keju dan sosej ke atas ayam
- Seterunya, gulung ayam tersebut dan cucukkan lidi di bahagian sisi dan tengah ayam tersebut
- Pukul 1 biji telur di dalam mangkuk
- Didalam mangkuk yang lain masukkan tepung gandum dan taburkan serbuk lada hitam dan kacau rata
- Kemudian salut ayam tadi dengan tepung sehingga rata. Kemudian, salut pula ayam dengan telur yang telah siap dipukul
- Akhir sekali, salut ayam dengan serbuk roti
- Panaskan minyak dalam kuali menggunakan api kecil sahaja
- Setelah itu, goreng ayam dengan api kecil supaya betul-betul masak
Dah Siap!