Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Lelaki Ini Dedah Resepi Ayam Goreng Cantik Berkuping Dan So Crunchy, Perlu Guna Teknik Ini Baru Menjadi!

Lelaki Ini Dedah Resepi Ayam Goreng Cantik Berkuping Dan So Crunchy, Perlu Guna Teknik Ini Baru Menjadi!

Kategori:

Tengok Ayam Goreng yang dijual dekat luar cantik berkeping je. Rangup pula tu. Teringin nak buat? Jom. Anda boleh rujuk resepi berserta teknik yang dikongsi oleh lelaki ini. Ayam dia memang so crunchy dan sememangnya sangat sedap. Kalau jual pun confirm laku keras ni!

Lelaki Ini Dedah Resepi Ayam Goreng Cantik Berkuping Dan So Crunchy, Perlu Guna Teknik Ini Baru Menjadi!

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam
  • Tepung ayam goreng bestari
  • Air

CARA PENYEDIAAN:

Langkah 1: Bancuh Tepung Basah

  1. Masukkan 1 cawan tepung ayam goreng bestari ke dalam bekas. 
  2. Kemudian masukkan 2 cawan air. Boleh gandakan tepung dan air jika ayam banyak.
  3. Kacau sehingga adunan sebati.

Langkah 2 : Sediakan Tepung Kering

  1. Tuangkan 2 cawan tepung goreng bestari ke dalam bekas atau pinggan.
  2. Kemudian salutkan ayam dengan tepung kering ini.
  3. Kemudian rendam dalam tepung basah tadi. Biarkan selama 15 minit.
  4. Lagi sekali salutkan ayam yang direndam tadi dengan tepung kering.
  5. Tekan-tekan ayam tu untuk mampatkan dan tepung melekat lebih. Uli-ulikan ayam sehingga berkumping. Lagi lama uli lagi banyak kuping.
  6. Gorengkan dalam periuk deep fry. Kalau tiada periuk khas boleh je guna mana-mana periuk yang anda ada.
  7. Goreng sehingga masak kemudian angkat dan toskan.
  8. Siap untuk dihidangkan. 

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Dapur Che Kam

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Yang Mudah Dan Sedap, Rangup Dan Rasa Sebijik Macam KFC!

tags: