Dah masuk Hari Raya keempat ni, pasti kita sudah mula bosan makan rendang, ketupat, lontong dan seumpamanya.
Rasanya kita pun sudah mula teringin untuk makan nasi putih bersama lauk yang ringkas.
Apa kata jom masak ayam goreng kunyit berlada ini. Sesuai buat anda yang mahu ‘cepat’ kerana masakan ini sekejap sahaja dah siap.
Nak jamu pada tetamu pun boleh juga sebab rasanya memang sedap! Satu lauk ini sahaja dah cukup menyelerakan, tak perlu lauk lain dah.
Makan pula dengan nasi putih panas-panas, sudah pasti lebih nikmat! Jom kita lihat resipi lengkap perkongsian oleh Suzilawati Alias di bawah. Caranya mudah saja!
Nampak sedap betul hasil akhir lauk ayam goreng kunyit berlada ni. Hidangan ringkas macam ni boleh bangkitkan selera sesiapa saja.
Kalau makan dengan nasi panas, confirm padu habis! Silap-silap boleh jadi tak cukup dibuatnya. Nak buat pun taklah susah mana. Selamat mencuba!
Kredit: Suzilawati Alias
Baca juga: Anak-Anak Puji ‘Sup Telur’ Mama Paling Sedap Kat Dunia, Wanita Ini Kongsi Rahsianya