Pernahkah anda mencuba masakan yang simple namun kelihatan sedap seperti Ayam Masak Madu ini? Kalau belum mencuba lagi, bolehlah cuba ye. Pastinya ia akan menjadi menu baru yang anda wajib cuba setiap minggu. Resepi Ayam Masak Madu yang sedap dan menggiurkan ini dikongsi oleh Ieda Hamzah di laman facebook MAHN.
Tak Sampai Sehari Hampir 2K Perkongsian, Ini Dia Resepi Ayam Masak Madu Yang Super Mudah Dan Sedap!
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam
- Bawang besar
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Daun kari
- Daun pandan
- 4 sekawan
- Sos cili
- Sup tomato (kimball) | separuh tin
- Garam, gula, perasa
- Madu
- Daun kari
Bahan Kisar:
- Cili kering
- Bawang merah
- Bawang putih
- Lengkuas
CARA PENYEDIAAN:
- Goreng ayam kunyit separuh masak.
- Tumiskan bawang merah, bawang besar, bawang putih, hali, daun kari, daun pandan dan 4 sekawan.
- Masukkan bahan kisar.
- Kemudian masukkan sos cili, sup tomato dan kacau sampai pecah minyak. Kalau pekat tambah air. Masukkan pula garam, gula, madu dan perasa.
- Selepas itu masukkan ayam, biarkan mendidih lama. Kalau pekat boleh tambah air. Jangan cair dan pekat sangat.
- Apabila dah masak, masukkan daun sup dan tutup api. Kemudian curahkan madu lagi.
- Siap untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Ieda Hamzah Via MAHN
Baca juga: Lama Tak Makan Mamak? Ini Dia Resepi Ayam Masak Kicap Mamak Style Yang Super Marvelous!