Ada tempoyak dalam peti ais rumah tapi tak tahu nak buat apa dengannya? Hari ini saya sediakan resepi ayam masak tempoyak khas untuk anda. Boleh dijadikan hidangan makan tengah hari untuk suami dan anak-anak. Berikut merupakan resepi untuk membuat ayam masak tempoyak yang gerenti boleh menaikkan lagi selera keluarga anda. Jom!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/2 ekor ayam (bersihkn dengan asam jawa)
  • 2 batang serai
  • 5 sd tempoyak (mengikut  kepekatan)
  • 1 helai daun kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Secubit gula
  • Air secukupnya

Bahan-bahan kisar:

  • 10 biji cili padi
  • 1 cm kunyit hidup
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara-cara penyediaan & memasak:

  1. Masukkan bahan yang telah dikisar, tempoyak dan air ke dalam periuk dan masak atas api sederhana
  2. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan ayam yang telah dicuci
  3. Masukkan srai dan reneh atas api sehingga ayam hampir masak
  4. Tambahkan garam dan air jika perlu dan masukkan daun kunyit
  5. Biarkan seketika dan rasa untuk memastikan ianya secukup rasa

Selamat mencuba. Tonton video dibawah untuk langkah-langkah lebih terperinci penyediaan:

Kredit: buatoranglapo

5/5 (2 Reviews)
(This post has been visited 57 times!)