Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ayam » Resepi Ayam Percik Merah, Tengok Pun Dah Terliur!

Resepi Ayam Percik Merah, Tengok Pun Dah Terliur!

Kategori: ,
ayam percik merah

Tengok gambar ayam percik merah ni pun dah terliur kan? Jom cuba buat, sesuai untuk makan tengahari. Yang pasti, memang confirm sedap!

Resepi Ayam Percik Merah

Bahan-bahan:

  • Ayam – cuci bersih, potong dan tos
  • Cili kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Kunyit hidup – dikisar
  • Ketumbar & jintan manis- dikisar halus

Cara-cara:

  1. Tumis bahan-bahan tanpa minyak, pastikan garam gula secukup rasa.
  2. Masukkan ayam, masak hingga setengah masak.
  3. Kemudian letak ayam diatas stand. Renyis olive oil atau minyak masak. Bakar guna oven/air fryer. Jika bakar guna air fryer, guna suhu 200C selama 15 minit. Kalau guna oven, guna suhu 180C selama 20 minit.
  4. Bakar sehingg masak.

Bahan kuah:

  • Cili kering & Bawang putih – dikisar
  • Sos cili
  • Gula merah
  • Gula pasor
  • 1 sb tepung jagung

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali. Masukkan cili, sedikit air dan kacau sehingga cili masak.
  2. Kemudian masukkan sos cili, gula, air gula merah dan tepung jagun. Kacau sehingga kuah menjadi pekat.
  3. Pastikan gula garam secukup rasa, jika ada bijan campur sekali dalam kuah.
  4. Sapukan pada ayam yang sudah siap dibakar.

Selamat mencuba!

Kredit: SuiSan Aliezsha 

tags: