Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ayam Tender Panggang Lemon Madu Yang Mudah, Buat Semua Orang Teliur

Resepi Ayam Tender Panggang Lemon Madu Yang Mudah, Buat Semua Orang Teliur

Kategori:

Ayam merupakan makan kegemaran orang lain. Pelbagai kaedah dapat digunakan untuk memasak ayam sebagai hidangan. Namun segelintir dari kita masih belum mengenali tender ayam. Tender ayam lazimnya disediakan dari bahagian ayam yang lebih lembut.

Macam mana nak cuba resepi ni! Tak boleh nak imagine lagi dekat mana tender itu berada. Jangan risau, korang boleh je guna bahagian dada ayam yang telah dibuang kulit dan tulang. Kemudian hiris menjadi jalur.

Mudah kan? Jom cuba buat ayam tender panggang lemon bermadu sekarang! Boleh juga dijadikan menu berbuka puasa.

Cara-cara Buat Ayam Tender Panggang Lemon Bermadu

Bahan-bahan

  • 1kg tender ayam
  • 1/4 cawan air
  • 2 sudu kicap cair
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • Minyak zaitun (untuk memanggang)

Cara penyediaan

  1. Masukkan air, kicap, jus lemon, madu, lada hitam dan garam dalam satu mangkuk kecil. Kacau kesemua bahan hingga sebati.
  2. Letak ayam dalam mangkuk besar dan gaul bersama bahan pada nombor 1 sehingga sekata.
  3. Tutup mangkuk dan letakkan di dalam peti. Perap ayam di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit atau 8 jam. Orang kata perap lagi lama, lagi sedap.
  4. Keluarkan ayam dari peti sejuk.
  5. Panaskan grill pan dengan api sederhana. Sapukan minyak zaitun pada permukaan kuali. Kemudian, susun ayam satu persatu. Pastikan ayam tidak bertindih antara satu sama lain.
  6. Masak sehingga jus pada ayam habis atau warna ayam keperangan. Anggaran dalam 3 hingga 4 minit untuk setiap sisi ayam.
  7. Angkat dan toskan ayam.
  8. Ayam tender panggang lemon bermadu siap dihidangkan!

Sekian sahaja perkongsian dari Daily Makan mengenai resepi ayam tender panggang lemon bermadu. Jangan lupa selitkan resepi ni dalam list menu berbuka puasa ye.

Kredit: Norish Roslee

Baca juga: Cara Yang Sangat Mudah Buat Ayam Panggang Ala Dominos

tags: | |