Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Mudah Buat Bar Bountry Hanya Dengan 3 Bahan, Memang Sedap Sangat!

Cara Mudah Buat Bar Bountry Hanya Dengan 3 Bahan, Memang Sedap Sangat!

Kategori:
resepi bar bountry

Bar bountry ini merupakan kelapa parut kering yang disaluti dengan coklat. Walaupun kedengaran agak kurang menyelerakan, tetapi ianya sangatlah sedap. Bar bountry ini juga sangat mudah untuk disediakan. Hanya menggunakan 3 bahan sahaja maka terhasil lah bar bountry kegemaran semua. Lebih-lebih lagi anak kecil.

Resepi Bar Bountry Yang Mudah

BAHAN-BAHAN:

  • 400g coklat – Boleh guna coklat cadbury atau jenama lain.
  • Kelapa kering/parut
  • Susu pekat manis

CARA PENYEDIAAN:

  1. Cairkan coklat dengan kaedah double boiled.
  2. Gaulkan kelapa dengan susu dan gumpalkan. Agak-agak sahaja berapa banyak kelapa dan susu supaya gumpalan tak terlalu basah atau terlalu kering.
  3. Simpan sekejap bahan dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit.
  4. Keluarkan bar dan celupkan ke dalam coklat cair dan bekukan sekali lagi selama 15 minit.
  5. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Kuali mama

Baca juga : Resepi Muffin Coklat Chip Yang Sangat Moist & Gebu, Pasti Akan Menjadi Kegemaran Anak-Anak!

tags: