Tak semua orang suka makan sayur kerana beranggapan bahawa sayur itu rasanya sangat pahit dan tidak sedap. Tetapi, tahukah anda, bahawa bayam brazil ini sangat sedap dan sangat enak untuk di makan bersama nasi panas-panas.
Ini adalah antara salah satu resepi bayam brazil goreng belacan yang sangat sedap dan mudah.
Resepi Bayam Brazil Goreng Belacan Makan Bersama Nasi Putih Panas-Panas, Bukan Penggemar Sayur Pun Mesti Suka!
Resepi Bayam Brazin Goreng Belacan ini dikongsikan oleh Robakyah Che Ros di laman media sosial Facebook beliau.
Bahan-Bahan:
- Bayam Brazil
- 6 biji cili besar + cili padi (suka pedas boleh campur cili padi)
- 3 ulas Bawang merah
- 2 ulas Bawang putih
- Sedikit udang kering atau ikan bilis
- Belacan
- Gula
- Garam
- Perasa
- Asam
Cara Penyediaannya:
- Tumbuk semua bahan bahan.
- Tumiskan bahan bahan yg ditumbuk tadi.
- Dah masak, masukkan ikan bilis atau udang kering, belacan, perasa, gula garam dan sedikit sahaja.
- Perahan lemon atau air asam jawa, (boleh kalau tak nak masukkan)
- Akhir sekali, masukkan sayur bayam.
Mudah sahaja cara nak siapkan bayam brazil goreng belacan ini. Mungkin ini tidak sesuai untuk orang yang ada resdung kerana belacan, tetapi boleh sahaja untuk tidak letakkan belacan.
Tunggu apa lagi, selamat mencuba!
Kredit: Robakyah Che Ros
Baca Juga: Resepi Kerepek Bayam Brazil Crispy, Sekali Cuba Dah Tak Boleh Berhenti! Kejap Je Dah Tinggal Separuh Balang