Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Mudah Beef Lasagna, Sekali Suap Pasti Nak Lagi!

Resepi Mudah Beef Lasagna, Sekali Suap Pasti Nak Lagi!

Kategori:
Beef Lasagna

Jom cuba buat beef lasagna yang lazat ni. Siapa yang pernah makan lasagna di Pizza Hut pasti tahu rasanya bagaimana. Rasa kepingan lasagna yang lembut bersama aneka cheese yang bercampur sebati dengan sos bolognese dan sos putih menjadikannya sangat sedap! Sesuai untuk makan pagi, makan tengahari dan juga makan malam. Jom ikuti resepi di bawah.

Resepi Mudah Beef Lasagna

Bahan-bahan:

  • 1 pek lasagna sheet
  • 500g daging cincang / daging burger
  • 1 biji bawang holland – di mayang
  • 2 biji bawang putih – di mayang
  • 1 biji carrot – dipotong dadu
  • 1 tin mushroom – dihiris nipis
  • 1 sudu serbuk cili
  • 1 sudu lada sulah
  • 1/2 cawan tomato puree
  • 1 sb minyak masak
  • Gula
  • Garam
  • Secukup rasa
  • Oregano

Bahan Sos Putih:

  • 2 tin susu sejat
  • 3 sudu butter/marjerin
  • 4 sudu tepung gandum
  • 1 sudu lada sulah
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu secukup rasa
  • 4 keping cheese
  • Cheese cheddar/mozarella parut
  • 3 cawan air

Cara-cara:

  1. Rebus sekejap lasagna sheet sampai separuh lembut, ketepikan.
  2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan masukkan daging cincang/ daging burger, goreng sampai separuh masak.
  3. Masukkan bawang holland & bawang putih kemudian kacau rata.
  4. Masukkan carrot, mushroom dan capcium tadi, gaul rata.
  5. Masukkan sedikit air dan masak sampai sayur tadi lembut.
  6. Masukkan serbuk cili, lada sulah dan tomato puree. Kacau lagi.
  7. Masukkan gula, garam, secukup rasa & oregano. Kacau rata sampai masak.
  8. Untuk kuah sos putih. Panaskan kuali & masukkan butter. Masukkan tepung gandum & lada sulah. Masukkan susu sejat & air, kacau. Masukkan garam, secukup rasa & cheese slice. Kacau.
  9. Letak lasagna sheet kedalam bekas kemudian masukkan campuran daging yg dimasak td diikuti dgn white sos.
  10. Tabur cheese parut. Ulang lg cara yang sama hingga sekurang- kurangnya 3 lapisan. Tabur lebihan cheese parut pada lapisan paling atas.
  11. Bakar pd suhu 170 selama 30 minit atau lapisan atas berwarna keemasan.

Kredit: Nor Azimah Arifin

tags: