Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kek, Pemanis Mulut & Pastri » Resepi Bengkang Tepung Beras Gula Merah Untuk Mereka Yang Teringin Nak Buat Dessert Sendiri Di Rumah

Resepi Bengkang Tepung Beras Gula Merah Untuk Mereka Yang Teringin Nak Buat Dessert Sendiri Di Rumah

Kategori:
Resepi Bengkang Tepung Beras Gula Merah

Resepi kali ini adalah bengkang tepung beras gula merah. Nampak sama seperti puding tetapi lain sebenarnya. Bahan-bahan dan caranya sangat mudah didapati dan senang sahaja. Resepi ini memang sesuai lagi-lagi kalau rasa bosan dan ingin makan makanan yang simple tetapi manis dan kena dengan tekak.

Resepi Bengkang Tepung Beras Gula Merah

Resepi Bengkang Tepung Beras Gula Merah

Bahan-bahannya :

  • 2 cawan tepung beras
  • 7 sudu besar tepung jagung
  • 7 cawan santan
  • ¾ cawan gula putih
  • 1 cawan gula merah timbang
  • Garam

Cara-caranya :

  1. Loyang di sapu minyak kemudian panaskan sekejap di dalam oven. Panaskan oven terlebih dahulu 5-10 minit suhu 180°C.
  2. Satukan ke semua bahan di dalam bekas, kemudian kacau sehingga sebati.
  3. Bila semua dah sebati dan gula sudah larut, masukkan di dalam kuali atau periuk, masak di atas api sehingga kental. Guna api sederhana sahaja.
  4. Bila dah kental, alihkan ke dalam loyang, bakar di dalam oven selama 1 jam atau lebih ikut oven masing-masing. Pada suhu 180°C api atas bawah (5 minit terakhir, tukar api atas untuk mendapatkan kesan hangus).
  5. Bila dah masak, sejukkan terlebih dahulu baru potong.

Inilah Resepi Bengkang Tepung Beras Gula Merah, pastikan lapisaan atasnya betul-betul bakar pasti rasaanya lebih sedap dimakan. Selamat mencuba.

Kredit: Shah Shatry

Baca Juga: Ini Dia Cara Buat Bengkang Ubi Gula Merah Yang Sedap Lagi Menggiurkan, Sekali Makan Tak Boleh Berhenti

tags: