Hujan-hujan macam ni sedap sungguh kalau dapat hirup kuah sup yang panas-panas, rasa suam je badan. Tapi cuaca macam ni memang buat orang jadi malas nak masak kan? Rasa nak baring je. Apa kata jom ikut resepi bihun sup chinese style ni. Caranya sangat mudah dan tak guna banyak bahan. Lihat resepi lengkap di bawah. Selamat mencuba!
Resepi Bihun Sup Chinese Style Paling Mudah, Sedapnya Makan Hujan-Hujan Macam Ni
Bahan utama:
Bihun dicelur sehingga lembut dan toskan.
Bahan untuk kuah (sukatan agak-agak):
Cara-cara:
-
Tumis bawang putih dengan sedikit minyak hingga warna keperangan.
-
Masukkan udang dan sebatikan.
-
Masukkan air bergantung pada banyak mana kuah yang kita nak.
-
Masukkan brocolli diikuti dengan sawi, fish ball dan fish cake. Masukkan sedikit chicken stok
-
Masukkan juga garam secukup rasa.
-
Mendidih bolehlah siap hidang makan panas2 dengan cili padi hiris.
Bahan tambahan (sambal kicap):
- Cili padi dihiris
- Light soy sauce
Cara-cara:
- Satukan kedua bahan tersebut. Kalau tiada light soy sauce, gabungkan sahaja kicap manis bersama sedikit air dan apple vinegar.
Selamat mencuba!
Kredit: Norhayati Basri
Baca juga: Resepi Kuah ‘Oden Viral’ Paling Sedap Kalah FamilyMart!