Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Paling Mudah Bihun Sup Chinese Style, Semangkuk Memang Tak Cukup!

Resepi Paling Mudah Bihun Sup Chinese Style, Semangkuk Memang Tak Cukup!

Kategori:
Bihun Sup Chinese Style

Kadang-kadang rasa bosan juga asyik makan bihun sup, bihun rebus kan? Apa kata jom tukar selera makan bihun sup chinese style ni pula. Memang dijamin sedap dan sangat mudah untuk dimasak. Sekali rasa, memang tak cukup semangkuk. Jom ikuti resepi di bawah.

Resepi Paling Mudah Bihun Sup Chinese Style

Bahan-bahan (sukatan atas masing-masing):

  • Bihun (celur)
  • Udang
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Sawi jepun
  • Kiub ayam
  • Bawang putih (cincang)
  • Cili api merah & hijau
  • Chili flakes
  • Cuka
  • Kicap cair

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih cincang sampai perang. Angkat separuh sekali minyak (bawang putih dalam minyak). Separuh lagi biarkan dalam periuk.
  2. Masukkan air dalam periuk didihkan. Masukkan kiub ayam, fish ball, udang. Kalau kurang masin, boleh tambah garam. Renehkan beberapa minit. Siap kuah!
  3. Goreng fish cake dan potong.
  4. Celurkan sawi dalam air panas. Celurkan bihun dalam air panas.
  5. Cili: Kicap cair + cili api yg dipotong + cuka sikit
  6. Boleh dihidangkan bersama bawang putih dalam minyak tadi, tabur cili flakes sikit.

Kredit: Ikin Rahman

tags: |