Ada yang suka makan bingka labu tak? Rasanya yang lemak manis dan lembut ini mempunyai peminatnya yang tersendiri. Nak tahu rasanya macam mana? Jom cuba buat bingka labu ini sendiri kat rumah. Memang sedap, rugi kalau tak cuba.
Resepi Bingka Labu Mudah
Bahan-bahan:
- 2 cawan labu – direbus/kukus
- 2 cawan santan
- 2 cawan tepung gandum
- 3 biji telur (basuh)
- 1 cawan gula
- 2 sudu minyak/2 sudu marjerin dicairkan (ikut suka
- Garam
- Bijan putih/hitam (untuk hiasan)
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan kecuali bijan putih dalam pengisar, kisar sehingga halus.
- Kalau ada tepung masih bergentil, tapiskan sahaja.
- Sapu loyang dengan minyak masak.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan taburkan bijan. (loyang 4 segi saiz 7×7 inci)
- Masukkan loyang ke dalam oven yang telah dipanaskan.
- Bakar selama 45 minit hingga 1 jam.
- Selamat mencuba!
Kredit: Lina Sahedin