Selalunya kentang digoreng, direbus tetapi kali ini dijadikan biskut. Mesti ada yang tak pernah dengar dan tak tahu pun pasal biskut kentang. Apa lagi, cubalah dulu, mana tau kena dengan selera anda.

Bahan-bahan:-

  • 250 g mentega
  • 100 g gula aising
  • 270 g tepung kentang
  • 160 g tepung gandum
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara membuat:-

  1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan esen vanila dan sebatikan adunan.
  3. Kemudia masukkan tepung kentang dan tepung gandum dan kacau hingga rata.
  4. Susun di atas dulang pembakar,kemudian leperkan dengan garpu.
  5. Bakar pada suhu 150°C selama 30 minit.

Selamat mencuba.

Kredit : Masakan Ringkas

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 1 times!)