Memang ramai peminat biskut mama carries ni kan? Cantik sangat sampai sayang nak makan. Biasa beli kat kedai je, apa kata kali ni jom cuba buat sendiri. Boleh deco lawa-lawa mengikut citarasa masing-masing, baru puas hati. Jom cuba!
Resepi Biskut Mama Carries
Bahan-bahan biskut:
- 250g butter
- 115g gula ising
- 150g tepung jagung
- 350g tepung gandum (cap bunga rose)
- 25g susu tepung
- 1 biji kuning telur
Cara-cara:
- Satukan butter, gula dan kuning telur. Pukul manja menggunakan senduk sahaja. Pukul sehingga sebati.
- Bila dah sebati, masukkan tepung jagung dan uli sebati.
- Kemudian masukkan tepung gandum, uli sehingga doh tak melekat di tangan. Gelek dan terap mengikut bentuk acuan.
- Ketepikan seketika untuk membuat royal icing pula.
Royal icing:
- 2 biji putih telur
- 175g gula icing
- 2 sudu makan tepung jagung
Cara-cara:
- Pukul telur putih sampai bertanduk. Masukkan gula icing dan putar sampai berkilat dan likat.
- Kemudian masukkan tepung jagung. Pukul sampai semua bahan-bahan tak jatuh jika diterbalikkan.
- Masukkan dalam piping bag dan pipe atas biskut. Boleh deco mengikut kepuasan hati.
- Bakar biskut suhu 150C dalam 15 minit. Jaga suhu, bila setengah masa turunkan suhu.
Kredit: Nurul Akmal Mustaffa
Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Jejari Coklat Nestum Mudah, Guna 4 Bahan Je