Dengan Milo, pelbagai jenis makanan yang kita boleh sediakan. Sama ada Kek Milo mahu pun Puding Milo. Malah dengan menggunakan Milo sebagai bahan utama, kita juga boleh membuat Biskut Milo Tabur tau. Nak membuat Biskut Milo ini sangat mudah. Pasti anak-anak suka!
Kalau nak hidangkan sewaktu hari raya boleh sangat. Jadi tunggu apa lagi. Jom kita buat Biskut Milo Tabur yang rangup dan sedap ini!
Resepi Biskut Milo Tabur
Bahan-bahan:
Bahan untuk serbuk milo tabur :
- 1 cawan milo
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung jagung
- 1 biji telur gred A
- 1/2 cawan buttercup
- 1/2 cawan gula aising
Bahan untuk biskut:
- 1 cawan minyak jagung
- 1 cawan susu tepung
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu teh emplex
- 1/2 cawan susu cair
- 1/2 cawan milo
- 1/2 cawan serbuk koko
- 3 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan tepung jagung
- 1 1/4 cawan gula aising
Bahan celup :
Cara penyediaan:
Serbuk milo tabur :
- Satukan semua bahan serbuk milo tabur tadi dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati. Alas tray atau talam dengan baking paper.
- Letakkan adunan dan ratakan sehingga nipis.
- Bakar selama 10 minit pada suhu 150 C api atas bawah. Bila dah sejuk baru hancurkan kepingan serbuk milo tabur ini.
- Siap bahagian serdaknya.
Biskut milo tabur :
- Satukan semua bahan biskut di atas dalam mangkuk dan uli sehingga semua sebati dan menjadi doh.
- Terapkan dengan apa-apa bentuk yang anda suka.
- Untuk bahan hiasan, anda boleh sapu putih telur dan juga letak coklat rice sebagai hiasan sebelum dibakar.
- Bakar pada suhu 160C selama 15 minit menggunakan api atas bawah.
- Sejukkan. Selepas biskut sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang dicairkan dengan kaedah double boil.
- Taburkan serdak milo tadi dan siap.
Tampak menggiurkan Biskut Milo Tabur ini? Tak terasa ke nak buat. Kalau buat confirm sekejap je dah licin satu balang anak-anak makan. Bukan setakat anak-anak je yang suka makan, dengan ayah dia sekali yang tolong licinkan. Hehe!
Selamat Mencuba!
Baca juga : Resepi Terbaru ‘Kek Belacan Milo’, Siapa Yang Pernah Rasa Pasti Tahu Bagaimana Kesedapannya