Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Biskut Peanut Butter Old School, Memang Legend!

Resepi Biskut Peanut Butter Old School, Memang Legend!

Kategori: ,
Peanut Butter Old School

Biskut peanut butter old school. Kuih legend kegemaran ramai, mesti ramai yang rindu kan? Memang sangat sedap, makan sekali pasti nak lagi. Resepi ini khas untuk anda yang rindukan biskut ini. Lepasni boleh la buat sendiri kat rumah. Jom cuba resepi perkongsian olehnAisyah My.

Resepi Biskut Peanut Butter Old School, Memang Legend!

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan magerin planta
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji kuning telur
  • 1 sdt esen vanilla
  • 2 cawan tepung gandum ( kalo rajin sangai)
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 1/2 botol kecil peanut butter lady choice (200 gm)
  • Kismis

Cara-cara:

  1. Satukan magerin dan gula halus dan pukul dengan senduk kayu hingga berkrim.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
  3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung dan gaul rata.
  4. Masukkan peanut butter dan gaul rata dengan tangan hingga adunan lembut ( Bila dipicit tak merekah. Kalau kurang lembut boleh tambah magerin atau peanut butter hingga lembut.
  5. Bentukkan adunan kepada bebola kecil ikut saiz acuan.
  6. Letakkan kismis ke dalam acuan dan tekan adunan ke dalam acuan.
  7. Bakar pada 180 celcius selama lebih kurang 15-20 minit bergantung kpd oven.

Selamat mencuba!

tags: