Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi Bolu Caramel Sarang Semut Kenyal

Indonesian Cuisine: Resepi Bolu Caramel Sarang Semut Kenyal

Kategori: ,,

Hai semua. Apa khabar semua? Tengah buat apa tu semua? Ke duk terfikir nak masak apa unutk juadah sampingan? Kenapa semua nak risau kerana saya sediakan resepi bolu caramel sarang semut kenyal untuk anda semua. Dahulu bolu caramel atau sarang semut ini sangat digemari semua lapis masyarkat dan hampir semua majlis mesti ada bolu caramel ini. Namun sekarang sudah hampir dilupakan kerana ada nya pelbagai jenis kek yang pelbagai bentuk. Mungkin ada yang masih mencari kek ini, anda boleh buatnya sendiri dirumah dengan ada nya resepi yang sediakn untuk anda semua. Yang pastinya sangat sedap dan menggamit memori kita saat kecil dahulu.

 

 

Berikut merupakan resepi membuat bolu caramel sarang semut kenyal:

Bahan-Bahannya ialah:

  • 250 gr tepung tapioka
  • 250 gr tepung terigu
  • 7 butir telur
  • 1 sdm baking powder (penuh)
  • 1 sdm baking alpina (penuh)
  • 50 ml SKM

Bahan Karamel:

  • 500 gr gula pasir
  • 100 gr mentega
  • 500 ml air putih

 

Cara-cara Memasak:

  1. Campurkan semua bahan tepung, baking alpina dan baking powder. Gaulkan supaya sebati.
  2. Masukkan telur dan susu kental manis kedalam acuan. Diaduk menggunakan tangan sehingga merata dan kembang sedikit. Kemudian masukkan tepung sedikit-sedikit kedalam acuan telur dan susu yang di aduk.
  3. Kacaukan sehingga sebati. Kemudian masukkan bahan caramel yang sudah dimasak terlebih dahulu.
  4. Kemudian saringkan dahulu bahan yang sudah siap diaduk supaya tidak ada sisa tepung. Kemudian masukkan kedalam bekas mengikut citarasa masing-masing dan kukus selama 20 – 25 minit. Dikukus dengan api yang kecil.
  5. Apabila sudah masak, angkat dan siap untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.

Tonton video ini untuk panduan langkah demi langkah:

Kredit resepi : Bunda Cinta

tags: | | |