Jom cuba buat Brownies Cookies Soft & Chewy ini, rasanya macam brownies tapi dalam bentuk biskut. Memang tak rugi cuba, sedap sungguh. Sesuai dijadikan kudapan untuk minum petang, kalau makan depan tv ni kejap je dah habis. Selamat mencuba!
Cara Buat Brownies Cookies Soft & Chewy Bila Dikunyah, Boleh Ketagih Dibuatnya!
Bahan-bahan:
- 200g dark chocolate
- 110g pure unsalted butter
- 100g gula kastor
- 100g gula perang
- 2 biji telur
- 1/2 sdt garam
- 140g all purpose flour
- 30g serbuk koko
- 1 sdt baking powder
Cara-cara:
- Dalam mangkuk kaca, satukan dark coklat dan unsalted butter. Masukkan dalam microwave. Bila dah cair, kacau sehingga sebati. Ketepikan.
- Dalam mangkuk lain, satukan gula kastor, gula perang, telur dan garam. Pukul menggunakan mixer selama 4 minit.
- Kemudian masukkan campurkan coklat dan butter tadi.
- Pukul lagi selama 30 saat sehingga sebati.
- Masukkan campurkan all purpose flour, serbuk koko dan baking powder. Pukul sebati.
- Lapikkan baking paper pada loyang leper.
- Scoop adunan menggunakan aiskrim scoop.
- Bakar dalam oven pada suhu 160C (kipas) selama 14 minit.
- Sejukkan dahulu.
- Sedia untuk dihidang!
Kredit: nah @nahlahrsl