Brownies kedut sudah menjadi makanan pencuci mulut yang popular di negara ini. Ia dipopularkan oleh seorang baker handal dari Norway iaitu Manuela Kjeilen. Tetapi hari ini, kami akan kongsikan resepi brownies dengan menambah rasa Hazelnut bersama topping Oreo. Jadilah Brownies Oreo Hazelnut!
Rasa gabungan yang sedap ini pasti akan memikat hati para pembaca. Selain rasanya yang enak kerana cairan coklat oreo itu sendiri, keknya yang cantik dan menarik perhatian itu sesuai dijadikan hadiah kepada sesiapa sahaja. Senang, kita boleh buat sendiri!
Brownies Oreo Hazelnut, Rangup Di Luar Dan Cair Di Dalam, Semua Harus Cuba Sendiri!
Bahan-bahan:
- 150 gram majerin (1/2 cawan)
- 375 gram coklat masakan / dark beryls (harus double boil cairkan, takpun masuk oven 160 darjah celcius selama 10 minit)
- 100 gram tepung naik sendiri (1 cawan) atau 1 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder ayak
- 1/2 cawan hazelnut kisar (bakar dahulu baru kisar)
- 150 gram gula perang (3/4 cawan)
- 3 biji telur
Cara penyediaan:
- Whisk-kan telur dan gula serta tambah bahan yang dicairkan.
- Tambah tepung dan jazelnut serta kacau dan gaul sedikit-sedikit.
- Lapik loyang dengan baking paper dalam loyanng saiz 8×8 dan tuang adunan brownies tadi.
- Patah-patahkan oreo dan susun atas brownied tadi.
- Bakar suhu 150 darjah dengan masa 45-50 minit menggunakan api atas bawah.
- Siap untuk dihidang.
Okay, dah siap kek Brownies Oreo Hazelnut untuk dimakan dan dijamu kepada yang tersayang. Senang sahaja kan? Jadi, anda bolehlah buat di rumah dan rasai sendiri kesedapan brownies yang bukan sahaja cair di mulut tapi cair di hati.
Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Azlina Ina
Baca juga: Lain Dari Yang Lain, Ini Cara Buat Puding Keledek Ungu. Bukan Sahaja Cantik Tapi Rasanya Sangat Sedap!