Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Buah Rotan Yang Rangup, Tak Patah Gigi Bila Gigit

Cara Buat Buah Rotan Yang Rangup, Tak Patah Gigi Bila Gigit

Kategori: ,

Ini dia cara buat buah rotan yang rangup, tak patah gigi bila gigit. Ala mudahnya nak dapatkan buah rotan yang rangup ni. Sukatan bahan-bahan perlu betul dan perlu goreng dengan api yang perlahan supaya kat dalam garing dan masak dahulu. Kemudian baru dekat luar.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan tepung pulut
  • 1 cawan santan
  • setengah cawan gula halus
  • 1 biji telur

 CARA PENYEDIAAN:

  1. Gaulkan semua sehingga sebati dan menjadi doh.
  2. Bulat-bulatkan kecil dan terus letak dalam bijan yang sudah di basuh dan ditapis
  3. Goreng dengan api yang perlahan supaya kat dalam garing dan masak.
  4. Bila dah nampak kekuningan atau masak, boleh lah angkat.
  5. Sejatkan minyak dan masukkan ke dalam tabung.
  6. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Syahidah Wan Zainudin

Baca juga: Resepi Simple Choco Ball Yang Enak, Tak Perlu Guna Oven Pun

tags: