Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Bubur Pulut Hitam Kurang Manis, Pencuci Mulut Yang Enak & Menyelerakan!

Resepi Bubur Pulut Hitam Kurang Manis, Pencuci Mulut Yang Enak & Menyelerakan!

Kategori: ,
resepi bubur pulut hitam

Bubur Pulut Hitam merupakan antara pencuci mulut yang sangat enak. Terdiri daripada pulut hitam dan dimasak bersama-sama dengan santan. Ia merupakan hidangan istimewa yang berasal dari Indonesia. Walaubagaimanapun, ianya juga sangat popular dalam kalangan penduduk di Malaysia.

Rasanya yang berlemak dan sedikit manis pasti sangat sesuai untuk anda yang sukakan kemanisan dalam hidup. Nak cuba buat sendiri tak Bubur Pulut Hitam ini? Kalau nak, jom kita cuba sendiri di rumah dengan menggunakan resepi yang dikongsikan oleh Cheyah Saripuddin di bawah ini.

Cara Buat Bubur Pulut Hitam Yang Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan:

  • 200g pulut hitam
  • 500ml santan cair
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 2 ketul gula perang
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan
  • 1 liter air putih

Cara penyediaan:

  1. Beras pulut tu kena rendam la sekejap. Rendam 1 jam je. Nak bagi dia kembang dan mudah masak.
  2. Kemudian, toskan. Masuk air 1 liter tadi dan panaskan atas api yang sederhana. Biarkan ia kat situ sehingga pulut betul-betul masak atau empuk. 
  3. Tengok ni rupa pulut dah empuk. 
  4. Kemudian tambahkan santan.
  5. Letakkan daun pandan bagi wangi.
  6. Letakkan garam. 
  7. Kemudian masukkan pula gula melaka. 
  8. Masukkan juga gula pasir. 
  9. Biarkan ia mendidih seketika. 
  10. Kacau bagi pekat comel gini dan boleh tutup api. 
  11. Siap untuk dihidangkan. 

Mudah sahaja kan nak buat Bubur Hitam Pulut ini? Sangat sesuai dimakan pada waktu pagi atau pun petang sebagai minum petang. Nak hidangkan pada sebarang majlis pun sangat sesuai tau. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cuba masak sekarang!

Selamat mencuba!

Kredit: Cheyah Saripuddin 

Baca juga: Resepi Bubur Merah Bubur Putih Dahlia’s Kitchen Yang Begitu Menyelerakan

tags: |