Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Lelaki Ini Dedah Resepi Cadburry Cheesecake Yang Cukup Sedap Dan Sangat Creamy, Yang Penting Kurang Manis!

Lelaki Ini Dedah Resepi Cadburry Cheesecake Yang Cukup Sedap Dan Sangat Creamy, Yang Penting Kurang Manis!

Kategori: ,
resepi cadburry cheesecake

Cadburry Cheesecake ini merupakan antara hidangan pencuci mulut yang direka oleh Mr.Ali dan resepi ini dikongsikan oleh beliau di laman facebook. Resepi Cadburry Cheesecake yang dikongsi oleh beliau ini agar kurang manis jadi korang tak perlu risau. Rasanya memang sangat sedap ditambah pula dengan rasanya yang sangat creamy, memang menjadi!

Lelaki Ini Dedah Resepi Cadburry Cheesecake Yang Cukup Sedap Dan Sangat Creamy, Yang Penting Kurang Manis!

BAHAN-BAHAN:

Lapisan Pertama: Base

  • 160 gram disgestive biscuits.
  • 60 gram butter

Lapisan Kedua  : Cadbury Mousse

  • 500 gram cream cheese
  • 200 gram cadbury yang dicairkan
  • 60 gram gula icing
  • 1 sudu makan susu pekat manis
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 280 dairy whipping cream

Lapisan Ketiga: Ganache

  • 50 gram cadbury
  • 50 gram dark chocolate
  • 80 gram dairy whipping cream
  • satu sudu kecil butter

CARA PENYEDIAAN:

Lapisan Pertama: Base

  1. Hancurjan 160 gram disgestive biscuits. Selepas itu gaulkan bersama 60 gram butter & mampatkan dalam loyang.
  2. Sejukkan dalam peti selama 30 minit

Lapisan Kedua  : Cadbury Mousse

  1. Pukul 500 gram cream cheese . cream cheese kena pukul pada suhu bilik.Putar selama 2 minit
  2. Selepas itu masukkan 200 gram cadbury yang dicairkan + 60 gram gula icing+ 1 sudu makan susu pekat manis+ 1 sudu makan serbuk koko
  3. Gaul sebati.
  4. Pada bekas yg lain pukul 280 gram dairy whipping cream sehingga kental. Sila refer tips sebelum ni untuk dapat whipping cream yg kental
  5. Gaulkan pakai teknik kaup balik atau pakai mixer. Sebatikab cream cheese cadbury tadi bersama whipping crram yg telah diputar kental
  6. Sebatikan dan stop kaup bila dh sebati sebab nanti dia akan jadi cair kalau terlebih pukul.

Lapisan Ketiga : Ganache

  1. Double boil whipping cream + cadbury/ dark chocolate + satu sudu kecil butter
  2. Double boil  sehingga sebati dan ganache yg cantik dan berkilat.
  3. Biarkan ganache suam dalam 5 minit then tuang atas lapisan tadi. Terserah nak tuang atau nk buat dripping mcm saya.
  4. Set semalaman dalam peti then boleh makan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Mr.Ali

tags: