Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Cadbury Coklat Leleh 20 Balang, Rasa Coklat Pekat Sesuai Buat Majlis Atau Jualan!

Resipi Cadbury Coklat Leleh 20 Balang, Rasa Coklat Pekat Sesuai Buat Majlis Atau Jualan!

Kategori: ,
Cadbury Coklat Leleh

Teringin nak buat pemanis mulut tapi bosan dengan rasa yang biasa-biasa. Jadi kali ini kami ingin kongsikan resepi pemanis mulut ekstra sedap, Cadbury Coklat Leleh 20 balang. Resepi ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Zarina Radzi Zarina Ina yang merujuk resepi jurumasak terkenal di Facebook terutamanya, Azalina Ina.

Jom buat bersama!

Resepi Cadbury Coklat Leleh 20 Balang, Rasa Coklat Pekat Sesuai Buat Majlis Atau Jualan!

Bahan-Bahan:

  • 2 kilogram Beryls Coin milk
  • 5 cawan minyak (1 cawan 150-170 gram) – minyak mak gunakan minyak yang mahal macam minyak jenama Matahari, Canola atau minyak jagung supaya tahan lebih dari 7 bulan – 1 tahun tak tengik berbanding guna minyak sawit.
  • 1 bar 500 gram coklat Cadbury
  • Koko Krunch
  • ball chocolate
  • kacang badam nibs
  • kacang badam slice

Cadbury Coklat Leleh

Cara Penyediaan:

  1. Cairkan dan campur Beryls Coin Milk, 5 cawan minyak dan 1 bar 500 gram coklat Cadbury. Cairkan dengan memasukkan ia dalam oven dan set 10 minit dengan suhu 170 darjah Celsius. Keluarkan ia dan biarkan sejuk.
  2. Bakar Koko Krunch dan ball chocolate, bakar 10 minit dengan suhu 160-170 darjah celcius. Keluarkan juga dan biarkan ia sejuk.
  3. Bakar kacang badam nips dan kacang badam slice. Bakar dalam masa 180 minit pertama, gaul dan masuk semula. Biar kan sejuk.

Cara Isi Dalam Balang:

  1. Curah coklat tepi-tepi balang sambil layangkan dia.
  2. Isi coklat Koko Krunch dan ball tadi.
  3. Isi coklat tabur dan badam bakar.
  4. Isi lagi Koko Crunch dan ball tadi sampai penuh.
  5. Isi coklat dan hiaskan.
  6. Timbang 300gram – 500gram.
  7. Siap!

Cadbury Coklat Leleh Cadbury Coklat Leleh Cadbury Coklat Leleh

Dah siap Cadbury Coklat Leleh 20 balang kita. Boleh lah buat niaga ataupun jadikan pencuci mulut untuk mana-mana majlis yang sesuai. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Zarina Radzi Ina / Azalina Ina

Baca juga: Peniaga Kongsi Resepi Pencuci Mulut Cheese Strawberry, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!

tags: