Setiap kali beli ayam, susah betul nak habiskan bahagian isi. Pasti ramai ibu-ibu yang mengalaminya kan? Sudahnya, koleksi isi ayam jadi banyak dalam peti sejuk beku sebab tak tahu nak buat aoa. Wanita ini kongsikan menu petang, dumpling goreng menggunakan isi ayam, baru lah tak terbiar begitu sahaja. Jom cuba!
Isi Ayam Asyik ‘Tak Laku’, Buat Dumpling Goreng Macam Ni Sekejap Je Licin!
Bahan Inti:
-
3/4 ketul isi ayam – cincang hancur
-
1 biji telur ayam – pastikan dicuci bersih
-
1 biji bawang besar – potong dadu
-
1 akar daun bawang – hiriskan
-
1 sudu kecil serbuk stok ayam knorr atau serbuk lada sulah ajinamoto
-
1 sudu kecil tepung jagung
Cara-cara buat inti:
- Campurkan semua sekali bahan di atas dan biarkan seketika di dalam peti sejuk untuk rasanya mesra.
- Sekiranya mahu rasa yang lengkap, boleh letakkan setitis dua minyak bijan.
Bahan kulit:
Cara-cara buat kulit:
- Caranya gaulkan semua bahan sehingga menjadi doh.
- Uli doh sehingga nipis dan tekap menggunakan cawan untuk mendapatkan bentuk bulat.
Cara menjadikan dumpling:
-
Isikan inti ayam ke atas kulit kemudian tarik/renggangkan sedikit kulit dan tutup inti.
-
Tekap kulit dumpling menggunakan garfu sahaja.
-
Sediakan kuali leper dan panaskan sedikit sahaja minyak masak.
-
Masukkan dumpling dan biarkan ia sedikit masak kemudian curahkan sedikit air ke atas dumpling dan tutup kuali.
-
Biarkan air sehingga kering dan warna dumpling menjadi keemasan.
-
Sedia dihidang. Dumpling boleh dicicah dengan kicap cair atau chili oil dan ditemani dengan air teh ‘o panas.
Resepi chili oil:
-
Panaskan minyak masak di dalam kuali kemudian tumiskan 5 ulas bawang putih cincang dan 2 hirisan halia juga dicincang.
-
Sehingga bawang menjadi warna keemasan, padamkan api dapur dan masukkan 2 sudu besar serbuk cili kasar (chili flakes) dan satu sudu besar kicap pekat.
-
Jangan lupa taburkan secubit garam. Gaul sebati dan sedia dihidang.
Kredit: Zurina Zulkefli