KFC bukan sahaja terkenal dengan ayam goreng rangup kegemaran ramai. Namun, cheezy wedges juga telah menambat hati ramai rakyat Malaysia. Kentang bersama sos keju yang mengiurkan! Memang boleh kuat orang jadi ketagih betul. Rupanya, tak susah mana kalau nak cuba buat sendiri di rumah. Kalau buat sendiri, baru puas hati makan. Guna 4 biji kentang je dah boleh dapat penuh 1 pinggan.
Wajib Order Cheezy Wedges Setiap Kali Ke KFC, Rupanya Tak Susah Pun Nak Buat! Ini Caranya
Bahan-bahan:
- 4 biji kentang (kalau taknak kupas kulit, pastikan basuh bersih)
- Mixed herbs
- Lada sulah
- Garam
- Tepung jagung (boleh juga guna tepong goreng serbaguna bestari)
Cara-cara:
- Potong kentang dalam bentuk wedges.
- Kemudian kukus supaya lembut dalam 5 hingga 7 minit. Hati-hati, jangan terlalu lembut sangat.
- Selepas dikukus, keluarkan kentang dan letak dalam mangkuk. Taburkan mixed herbs, lada sulah dan garam. Pastu gaul sebati.
- Seterusnya taburkan pula tepung jagung. Gaul sebati.
- Goreng tenggelam kentang tadi tu dalam minyak hingga kekuningan dan garing. Apabila siap, bolehlah dihidang bersama sos cili atau sos cheesy.
- Untuk sos, cairkan mentega. Kemudian masukkan susu dan tepung gandum. Kacau hingga tepung sebati. Masukkan kepingan keju, kiub pati ayam dan serbuk lada. Kacau sebati hingga masak. Pewarna kuning boleh ditambah untuk menaikkan warnanya.
- Siap!
Kredit: Sabariah Sisa