Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Dedah Resepi Congo Bars Hasil Jualannya Yang Paling ‘Best Seller’, Serius Sedap!

Wanita Ini Dedah Resepi Congo Bars Hasil Jualannya Yang Paling ‘Best Seller’, Serius Sedap!

Kategori:
Resepi Congo Bars

Jom buat Congo Bars untuk minum petang nanti. Makan panas-panas memang sedap dan padu sebab coklat masih panas dan meleleh-leleh.

Ikuti resepi lengkap perkongsian oleh Shinnaz Eat Dessert First di bawah. Menurutnya, resepi congo bars ini merupakan hasil jualannya yang paling laku keras direbut pelanggan! Semoga bermanfaat.

Resepi Congo Bars 

Bahan-bahan:

  • 150g butter
  • 250g gula perang
  • 3 biji telur (Gred A)
  • 3tsp essence vanila
  • 500g coklat coin ( Beryl)
  • 315g tepung gandum
  • 3tsp baking powder
  • Coklat chip (Hersyey/Callebaut)/ coin untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Masukkan butter dan gula perang.
  2. Putar sehingga sebati.
  3. Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum, baking powder dan coklat coin dan kacau sehingga tiada satu pon coklat coin masih hitam. Kalau nak lebih coklat, korang boleh tambah coklat lain macam hersyey and callebaut. (Terlebih coklat buat tekstur congo bars lembap)
  4. Satukan telur dan esen vanilla.
  5. Masukkan telur satu persatu. Jangan masuk semua sekali gus. Satu persatu dan kacau, kemudian masukkan lagi-kacau sehingga habis dan sebati.
  6. Tuangkan adunan butter tadi ke dalam bekas tepung coklat tadi dan kacau sebati. Pandai-pandailah korang ratakan supaya sebati ok, pakai glove/spatula/senduk or whatever.
  7. Letak parchment paper ke atas loyang (size 12’). Kalau korang malas guna cooking spray or rajin boleh letak butter atas paper tadi. Klip paper tu untuk tak nak bagi lebihan paper bergerak. Lebihan paper tu perlu sebab senang nak keluarkan congo bars dari loyang.
  8. Tuangkan adunan dalam loyang.
  9. Ratakan. Kalau kering korang boleh renjis je air.
  10. Letak coklat koin. Coklat coin Beryls ada beberapa jenis. Sis guna dark chocolate dan kalau customer request nak manis gila sis guna milk chocolate coin.
  11. Tak puas hati, letak choc chip. Nak rasa mewah letak jenis hersyey/callebaut. Yang biasa pon ok tapi tak melting sangat la. Bakar dalam 165’ -170’ selama 23-25 minit. Bergantung oven korang. (oven tak perlu fan dan api atas bawah).
  12. Sebab sis meniaga, so beli cutter ni senang kau tekapkan dia tengah panas.
  13. Pastu masukkan dalam box cake. Siap!!!! Congo bars sis tahan 3-4 hari lamanya! Nak makan masuk dalam microwave tapi jangan la lama, jadi lain nanti.Resepi Congo Bars

Kredit resepi & gambar: Shinnaz Eat Dessert First

tags: