Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Cream Cheese Frosting. 10 Jam Pun Tak Cair, Yang Penting Rasanya Tak ‘Berminyak’

Resepi Cream Cheese Frosting. 10 Jam Pun Tak Cair, Yang Penting Rasanya Tak ‘Berminyak’

Kategori:
Cream Cheese Frosting

Pasti ramai yang masih tercari-cari cara untuk membuat cream cheese frosting untuk kek pandan gula melaka contohnya. Mungkin anda sudah mencuba banyak resepi, tapi bila diletakkan di suhu bilik pada tempoh yang lama, krim tersebut akan cair. Selain itu, apabila di makan juga rasanya berminyak-minyak kerana adanya penggunaan butter.

Jangan risau, ini dia resepi khas untuk menyelesaikan masalah anda. Resepi cream cheese frosting ini tidak akan cair dan mampu bertahan sehingga lebih 10 jam pada suhu bilik. Yang penting, rasanya juga tidak terlalu manis, lembut dan tidak berminyak bila dimakan kerana tiada butter digunakan. Ikuti cara membuatnya di bawah.

Resepi Cream Cheese Frosting. 10 Jam Pun Tak Cair, Yang Penting Rasanya Tak ‘Berminyak’

Bahan-bahan:

  • Gula aising
  • Cream cheese
  • Non dairy whipping cream (Value Pride Softblend)
  • 1 sudu kecil garam
  • Esen vanila
  • Perahan lemon
  • Parutan kulit lemon

Nisbah gula aising, cream cheese dan whipping cream lebih kurang 1 : 1 : 2. Kalau gram, mungkin dalam 100g gula, 100g cheese atau lebih, 200g whip cream.

Cara-cara:

  1. Putar gula, garam dan cheese sehingga gula hancur elok.
  2. Masukkan esen vanila. Masukkan perahan lemon dan kulit lemon.
  3. Masukkan whipping cream. Pukul sampai kembang elok.
  4. Masuk dalam piping beg dan pipe mengikut cara masing-masing.

Kredit: Norashikin Jais

tags: