Creampuff merupakan antara juadah pencuci mulut yang terkenal di seluruh dunia. Asal creampuff ini sebenarnya daripada keluarga raja Perancis. Nak menyediakan creampuff ini bukanlah satu benda yang susah, ianya memerlukan sedikit perhatian lebih dalam setiap pengadunannya. Nak tahu cara membuat creampuff yang gemuk, gebu dan menjadi korang boleh rujuk resepi kat bawah ni. Tapi yang penting jangan derhaka resepi ye.
Raih 16.2K ‘Shares’, Ini Dia Resepi Creampuff Yang Gemuk, Gebu Dan Menjadi! Bahan Yang Digunakan Mudah Je!
FILLING CREAMPUFF
Bahan-Bahan:
- 1 1/4 cawan fresh milk
- 2 biji kuning telur
- 3 s/b tepung jagung
- 1 s/b tepung gandum
- 1/4 cawan gula kastor (kalau nak manis, letak lebih sikit)
- 1/4 s/k garam
- 1 s/k vanilla essence
- 2 s/b unsalted butter
- 1 cawan non-dairy whipping cream
Cara Penyediaan:
- Masukkan telur, tepung jagung, tepung gandum, gula kastor, garam dalam 1 bekas. Whisk sampai sebati adunan tu.
- Panaskan fresh milk (letak dalam periuk laaa), tak perlu sampai menggelegak pun.
- Tuang susu dalam bekas adunan telur sambil whisk.
- Kalau dah sebati, letak adunan tu dalam periuk, kacau dengan api sederhana.
- Masukkan vanilla essence, teruskan kacau.
- Bila adunan dah pekat, tutup api. Masukkan dalam bekas, sejukkan 1-2 jam.
- Agak-agak dah nak dkat 2 jam tu, boleh lah putar non dairy whipping cream. Putar dengan mixer sampai kembang & gebu.
- Mix adunan telur & whipping cream, kaup sikit-sikit.
- Masukkan filling ke dalam piping bag. Letak dalam peti. Settle.
PUFF
Bahan-Bahan:
- 1 cawan air
- 1/2 cawan butter
- 1 s/b gula
- 1/4 s/k garam
- 1 s/k vanilla essence
- 1 cawan tepung gandum
- 3-4 biji telur
Cara Penyediaan:
- Masukkan air dalam periuk. Letak butter, gula & garam. Kacau sampai gula larut. Kacau dengan api sederhana. Jangan laa api tu macam nak goreng ayam.
- Letakkan vanilla essence.
- Tuang semua tepung gandum sekaligus.
- Bila adunan dah sebati, akan jadi “doh”. Kalau yang guna periuk non-sticky, nampak texture doh tu tak melekat dekat periuk. Tutup api. Sejukkan kejap dalam 5-10 minit je.
- Bila adunan dah sejuk, gunakan mixer, masukkan telur sebiji demi sbiji. Jangan letak sekaligus. Letak sbiji, mix. Then repeat. Sis guna 3 biji telur. Based on size telur tu lah.
- Adunan akan jadi berkilat & tak terlampau pekat/cair. (Lupa amik gambar)
- Masukkan adunan puff dalam piping bag. Sebelum tu pilih la bentuk nozzles yang sesuai. Sis guna bentuk tu tapi bila dah bakar jadi bulat eh hahahaha.
- Buat la bentuk macam mana korang suka, nk buat besar ke nk buat baby size ke up to you. Bakar pada suhu 160c 30-40 minit (bergantung pada oven masing-masing)
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Nuralia Idayu