Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Cucur Udang Geragau, Inspirasi Resipi Baba Nyonya. Rangup & Padu Rasanya!

Resipi Cucur Udang Geragau, Inspirasi Resipi Baba Nyonya. Rangup & Padu Rasanya!

Kategori: ,
cucur udang geragau

Biasa buat cucur kosong atau udang yang biasa je? Jom kali ini kita cuba pula masaak cucur udang guna udang geragau aataupun orang panggil jejemput udang popeye. Memang sedap buat makan petang. Kena pulak dengan air teh o panas.

Menu minum petang atau sesuai juga untuk sajian pagi ni memang nampak simple. Tapi rasanya yang rangup buat nak makan berkali-kali tau. Perkongsian dan olahan resepi ini di ambil dari resepi baba dan nyonya dan terhasilah hidangan yang enakk ini. Selamat mencuba resepi cucur udang geragau ini!

Resepi Cucur Udang Geragau, Inspirasi Resepi Baba Nyonya. Rangup & Padu Rasanya!

Bahan-Bahan:

  • 200 gram (1 1/3 cawan) tepung serbaguna.
  • 2 sudu teh serbuk penaaik (baking powder).
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 gelas (230 ml) air.
  • 4 sudu besar udang geragau kering
  • sebiji bawang besar (hiris halus)
  • setangaki cili merah (buang biji & hiris)
  • 1/2 batang lobak merah (sagat halus)
  • 3 tangkai daun ketumbar / daun bawang / daun kucai (hiris halus)
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan udang geragau kering dari kekotoran. Bilas & toskan.
  2. Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk & masukkan air sedikit demi sedikit.
  3. Kacau rata sehingga mendapatkan konsistensi adunan yang baik. Adunan hendaklah tidakk terlalu pekat & tidak juga terlalu cair.
  4. Panaskan minyak. Ambil adunan lebih kurang satau sudu besar & goreng dengan menggunakan api sederhana di dalam minyak yang banyak. Balik-balikkan cucur sekala sekkala ketika menggoreng hingga bewarna keemasan dan masak.
  5. Angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan.

cucur udang geragau

cucur udang geragau

cucur udang geragau

Nota:

  • Udang geragau segar biasanya digunakan untuk membuat cencaluk. Udang geragau boleh didapati di pasar raya. Sekiranya tiada, boleh juga digantikan dengan udang kering yang ditumbuk, ikan bilis atau udang segar yang dicincang.
  • Anda juga boleh tambahkan tauge atau juga jagung ke dalam adunan cucur.

Senang kan cara nak buat cucur udang geragau ni. Lain udang lain rasanya. Jadi, korang memang kena try buat cucur udang geragau yang diinspirasikan resepi dari Baba Nyonya ni tau! Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua!

Sumber: Noor Ashikin

Baca juga: Resepi Puding Roti Pandan Kelapa Gardenia Bersama Sos Kastard, Sedap Buat Minum Petang!

tags: | |