Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Daging Burger Homemade Yang Sangat Mudah Dan Menyelerakan

Resepi Daging Burger Homemade Yang Sangat Mudah Dan Menyelerakan

Kategori:

Burger merupakan salah satu instant food yang digemari ramai. Berdasarkan apa yang kita boleh lihat, apabila salah satu restoran makanan segera seperti McDonald mengeluarkan menu burger baru, pasti ramai yang berlumba-lumba untuk mencubanya.

Dari sini kita boleh lihat bahawa ramai antara kita yang meminati burger. Tapi tahukah anda kita juga dapat membuat daging burger homemade. Apabila dah tahu cara buat daging burger, of course la kita boleh burger sendiri. Boleh makan puas-puas.

Cara Penyediaan Daging Burger Homemade Yang Sangat Ringkas

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg daging lembu cincang
  • 1 biji besar bawang besar (dicincang halus)
  • 1 biji bawang holland
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu besar lada hitam (dikisar)
  • 1/2 lada putih
  • Sedikit mix herbs
  • 3/4 sudu bawang putih (dicincang halus)
  • 1 biji telur
  • Segengam daun ketumbar

Cara penyediaan daging burger:

  1. Bersihkan daging. Tak perlu hiris kecil sangat sebab nanti nak masukkan dalam food processer.
  2. Masukkan kesemua bahan yang di sediakan ke dalam food processer.
  3. Guna speed perlahan pada 3 minit yang pertama. Kemudian teruskan dengan speed laju.
  4. Bentukkan daging seperti daging burger mengikut citarasa anda.
  5. Boleh steamkan dulu daging burger selama 15 minit. Kemudian boleh bekukan. Done!

 

Mudahkan nak buat daging burger homemade ni. Buat banyak-banyak kemudian dalam freezer. Bila-bila masa je korang boleh goreng. Nak lagi cun, goreng atas pan. Jimat minyak.

Sekian sahaja perkongsian dari Daily Makan mengenai cara membuat daging burger homemade yang sangat ringkas dan mudah. Semoga perkogsian ini memberi inspirasi kepada anda semua. Selamat mencuba!

Kredit: Nor Hasmi Mohamed

Baca juga: Resepi Puding Koktail Buah-Buahan Yang Sangat Mudah Dan Berkhasiat!

tags: | |