Selain digulai, daging lembu ini juga sangat enak jika dibuat Daging Goreng Kunyit. Masakan sebegini kebiasaannya sangat terkenal di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Malah ianya sering kali dijual sebagai menu makanan pagi. Lebih sedap dan padu lagi apabila daging goreng kunyit berkenaan berjuicy.
Nak cuba buat tak Daging Goreng Kunyit macam ni? Kalau nak cuba, anda boleh lihat perkongsian resepi dari Fariza Hadi ini. Kalau dah cuba masak macam ni lepas ni confirm jadi menu kegemaran keluarga tau.
Nota: Nak sedap bungkus dalam kertas. Letak nasi, daging, sambal, ulam timun dan biarkan bekok sikit. Barulah makan, baru rasa makan dekat kedai.
Mudah sahaja kan nak buat Daging Goreng Kunyit ini? Ikut je apa yang dikongsikan dekat atas ni. Jangan sesekali derhaka resepi barulah sedap dan menjadi. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita masak sekarang. Ayuh!
Kredit: Fariza Hadi Via MAHN
Baca juga: Resepi Daging Paling Simple Dan Sedap, Ini Dia Daging Goreng Cili Api Campur Kacang Panjang!