Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Daging Goreng Thai Sedap Terangkat! Tengok Gambar Pun Dah Mengiurkan

Resepi Daging Goreng Thai Sedap Terangkat! Tengok Gambar Pun Dah Mengiurkan

Kategori:
resepi daging goreng Thai

Pelbagai aneka menu boleh dimasak dengan hanya menggunakan daging seperti daging goreng kunyit, dendeng daging dan sebagainya. Anda boleh juga cuba resepi daging goreng Thai, pasti ramai yang belum pernah mencubanya bukan? Apa kata jom cuba masak untuk makan tengahari ini. Selamat mencuba!

Resepi Daging Goreng Thai Sedap Terangkat! Tengok Gambar Pun Dah Mengiurkan

Bahan-bahan perapan:

  • Daging 800 g
  • Biji Ketumbar 5 sudu (dikisar atau ditumbuk)
  • Bawang Putih 4 ulas (ditumbuk atau dihiris halus)
  • Lada Hitam 1 sudu besaf (dikisar/ditumbuk)
  • Sos Tiram 2 sudu besar
  • Garam secukup rasa
  • Butter atau majerin untuk menumis

Bahan sos:

  • Serbuk cili thai
  • Gula kabung atau somtam jika tiada pakai gula putih 2 sudu
  • 2 sudu beras (digoreng atau disangai dikisar halus)
  • Air limau nipis 2 sudu
  • Air asam jawa 3 Sudh
  • Kicap sotong atau sos ikan
  • Bawang kecik merah 3 ulas (dihiris nipis)
  • Daun ketumbar dan daun bawang

Cara-cara:

  1. Gaul daging dengan semua bahan perapan kecuali butter dan bawang putih.
  2. Perap 30 minit atau 2 jam.
  3. Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih kemudian masukkan daging yang diperap tadi. Kacau sebati.
  4. Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahan api seketika.
  5. Campurkan semua bahan sos, masukkan ke dalam daging dan kacau rata.
  6. Bila sudah sebati, sedia untuk diangkat.

Kredit resepi: @Azahari Abdullah @Selongkaq Dapuq Chef -Abang ‘ E

Kredit Resepi Anak Mama
tags: |