Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Mesti Banyak Dapat Daging Korban Kan? Ini Dia 10 Resepi Daging, Semua Sedap Dan Memikat Selera

Mesti Banyak Dapat Daging Korban Kan? Ini Dia 10 Resepi Daging, Semua Sedap Dan Memikat Selera

Kategori:

Hari raya korban tak lama lagi kan? Mesti nanti kalau dapat daging tak tahu nak masak apa. Hari pertama kedua okay lagi. Masuk hari kelima keenam mesti dah pening kan. Nak masak apa dengan daging ni. Lagi pun kalau hari-hari masak resepi sama mesti bosan kan.

Jangan risau, kali ini Daily Makan bawakan khas 10 resepi daging aidiladha untuk rujukan ibu-ibu dan mak-mak di rumah sekalian.

1. Resepi Singgang Daging Lengkuas

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging batang pinang | hiris nipis
  • 1 sdm budu
  • 1 sdm ketumbar biji | kisar lasar
  • 4-5 hirisan lengkuas | dititik
  • 3 ulas bawang putih | dihiris
  • Garam dan gula secuup rasa
  • 2 sdm pes cili kering
  • 1 sdm manisan gula melaka
  • 3 keping asam gelugur
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 10 biji cili padi | dititik atau hiris
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan bahan titik.
  2. Gaul rata dan perap lebih kurang 15 minit.
  3. Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
  4. Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

Kredit: Rasa.my

2.Resepi Daging Masak Blackpeper

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging lembu
  • 1 biji bawang merah |dikisar kasar
  • 4 ulas bawang putih |dikisar kasar
  • 1 1/2 inci halia |dikisar kasar
  • Perencah berlada hitam istimewa Maggi
  • Lada hitam | ditumbuk
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Sos black pepper
  • Kicap pekat ABC
  • Minyak bijan
  • Minyak zaitun/minyak masak
  • Gula
  • Garam
  •  Serbuk cukup rasa Maggi

Cara Penyediaan:

  1. Perap daging dengan semua bahan
  2. Tumis bahan kisar sehingga kekuningan.
  3. Masukkan daging yang diperap tadi. Gaul sebentar.
  4. Masukkan air, jika daging sudah mula masak boleh masukkan capsium dan potongan bawang merah (jika suka).
  5. Tunggu daging masak sepenuhnya.
  6. Hiaskan dengan daun bawang.
  7. Siap untuk dihidangkan

Nota: Ambil sedikit bahan kisar untuk menumis. Selebihnya digunakan untuk perapan.

Kredit : Azean Niniko

3.Resepi Kari Daging

Bahan-bahan:

  • 500 grm daging batang pinang
  • 6 biji ubi kentang – potong 4
  • 4 cawan santan pekat
  • 1 peket rempah kari daging
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 3 cm halia |dihiris nipis
  • 3 biji bawang merah |dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih |dihiris nipis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji bunga cengkih
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • Garam secukup rasa

*Tak perlu guna cili kisar kalau tak mahu kari pedas sikit dan berhati-hati guna rempah ratus macam kayu manis jangan terover nanti kuah kari jadi agak pahit.

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis semua bawang, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan kacau sampai bawang layu .
  2. Kemudian bancuh rempah kari dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk.
  3. Masukkan juga cili giling dan kacau serta biar kan sampai rempah terbit minyak dan menjadi wangi.
  4. Masukkan santan dan daging, biarkan kuah mendidih baru la dimasukkan ubi kentang dan garam.
  5. Kacau kuah dan bila daging serta ubi kentang telah empuk baru la di tutup api dapur.
  6. Siap untuk dihidangkan.

4. Resepi Daging Salai

Bahan-bahan:

  • Daging salai – hiris nipis
  • 1/2 kg santan pekat segar
  • 1 batang serai -diketuk
  • Garam
  • 1 keping asam keping
  • 1 helai daun kunyit | hiris halus

Bahan tumbuk:

  • 8-12 tangkai cili padi-ikut suka pedas
  • 1-2 inci kunyit hidup

Cara Penyediaan:

  1. Rebus daging salai bersama bahan tumbuk sehingga daging empuk. Jika belum lembut, boleh tambah air dan rebus lagi.
  2. Setelah daging empuk, masukkan serai dan santan secukupnya. Sentiasa dikacau supaya kuah cantik. Jangan sehingga kuah pecah minyak.
  3. Setelah mendidih masukkan asam keping dan garam.
  4. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Nota: Kuah mestilah sedikit pekat, baru sedap. Jika suka boleh masukkan daun kunyit yang dihiris halus setelah masak.

Kredit : aziekitchen

5. Resepi Daging Goreng Hitam Manis

Bahan-bahan:

  • 500 gram daging pejal | dihiris nipis
  • 1 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5cm halia muda
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji tomato
  • 1 sdm sos tiram
  • 3 sm kicap manis
  • 100ml air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

  1. Perapkan daging bersama halia dan bawang putih selama 30 minit.
  2. Kemudian pijakkan minyak dan goreng daging sehingga empuk.
  3. Setelah itu masukkan lada hitam, kicap manis, sos tiram, bawang besar dan cili merah. gaul mesra dan sebati.
  4. Seterusnya masukkan air secukupnya dan tomato. Biarkan seketika.
  5. Akhir sekali perasakan dan siap untuk dihidangkan.

6. Resepi Daging Tumis Pedas

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging (rebus sampai empuk )
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Setengah sudu biji ketumbar
  • Cili api

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging dan kacau bersama bahan-bahan tumis sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan sedikit air beserta garam, gula dan sedikit perasa dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan hirisan bawang besar dan cili merah/hijau sehingga layu.
  5. Siap untuk dihidangkan.

7. Resepi Daging Masak Merah

Bahan-bahan : (hidangan untuk 4 orang)

  • 200 gram daging
  • Pewarna merah
  • 1 senduk minyak masak
  • 1 inci halia | hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih |diketuk
  • 5 biji cili padi, tumbuk kasar supaya pecah sedikit
  • 3 batang kacang panjang| potong 2 inci
  • 4 biji jagung muda |potong memanjang
  • 1/4 cawan cili kisar
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 helai daun limau purut
  • Sedikit tepung jagung
  • Lobak | potong memanjang

Cara Penyediaan:

  1. Rebus daging di dalam air yang diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk.
  2. Angkat dan sejukkan daging, kemudian hiris nipis. Simpan air rebusan daging untuk kuah.
  3. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
  5. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  6. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan lobak. Masak seketika.
  7. Masukkan daging, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut yang dicarik kasar. Tuang air rebusan daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung.
  8. Angkat dan siap untuk dihidangkan.

8. Resepi Daging Kaprau

Bahan-bahan:

  • Daging yang telah diperap dgn Pes Tomyam Adabi selama setengah jam
  • Bwg besar yg dipotong 8 (asingkan separuh-separuh)
  • Cili api yang ditumbuk
  • Sesudu sos cili thai dan sesudu kicap manis
  • Daun limau purut (dihiris kasar)
  • Sedikit gula

Cara Penyediaan:

  1. Tumis separuh bahagian bawang besar dan cili api sehingga garing.
  2. Kemudian, masukkan daging yang telah diperap, masakkan sampai daging kecut dan air daging menjadi kering.
  3. Lepas tu, masukkan sos cili thai, kicap manis dan daun limau purut, kacau rata.
  4. Masukkan sedikit gula.
  5. Siap untuk dihidangkan.

9. Resepi Daging Masak Kurma

Bahan-bahan:

  • 400gm daging | dipotong
  • 5 ulas bawang merah | dihiris
  • 3 ulas bawang putih | dihiris
  • 1/2 in halia | dihiris
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 1/2 cawan air
  • 2/3 cawan santan fresh
  • 3 biji ubi kentang
  • 1 biji tomato
  • 3 – 5 biji cii hijau
  •  Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dihiris.
  2. Goreng hingga terbit bau.
  3. Masukkan rempah kurma dan serbuk kunyit yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau.
  4. Biarkan pecah minyak dan masukkan daging. Kacau rata.
  5. Masak seketika, kemudian masukkan air.
  6. Biarkan ia merenih sehingga mendidih dan masukkan ubi kentang.
  7. Bila daging menjadi empuk dan kuah menjadi sedikit pekat, masukkan santan, garam dan sedikit gula. Kacau.
  8. Masak lagi lebih kurang 5 minit dan masukkan tomato (dipotong 6 atau 8) dan cili hijau hiasan yang dibelah dua.
  9. Masak sehingga kepekatan kuah yang dikehendak dan bolehlah dihidangkan.

10. Resepi Daging Masak Lemak Cili Api

Bahan-Bahan :

  • 1/2 kg daging | dihiris nipis, basuh dan toskan
  • 1 liter air
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 batang serai | dititik
  • 2 keping asam gelugor/asam keping
  • 1 helai daun kunyit | dicarikkan
  • garam secukupnya
  • 2 biji ubi kentang | dibelah 4

Bahan Dikisar :

  • 20 tangkai cili api | ikut kepedasan masing2
  • 3 cm halia
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 cm kunyit hidup

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan daging yang telah dihiris nipis ke dalam periuk yang berisi air bersama serai yang telah dititik dan rebuskan sehingga daging menjadi empuk.
  2. Masukkan santan, asam keping, garam, ubi kentang dan daun kunyit yang telah dicarikkan.
  3. Masak sehingga kuah menjadi mendidih dan pekat.
  4. Siap untuk dihidang.
tags: | | |