Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Simple Buat Daging Masak Blackpepper, Kesedapannya Memang Tak Terkata

Cara Simple Buat Daging Masak Blackpepper, Kesedapannya Memang Tak Terkata

Kategori: ,
daging masak blackpepper

Daging masak blackpepper merupakan antara masakan daging yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia. Kebiasaanya daging masak blackpepper ini banyak dihidangkan ketika majlis kenduri khawin. Dekat kedai pun tak banyak yang sediakan masakan daging blackpepper ini.

Jadi memandangkan hari raya korban hampir tiba dan pastinya akan dapat daging. Jadi anda boleh cuba masak daging blackpepper rujuk resepi dekat bawah ini.

BAHAN-BAHAN:

  • Daging lembu
  • 3 sb sos lada hitam
  • 1 sk sos cili
  • 2 sb sos tiram
  • Kicap manis (mengikut kehitaman yang anda suka)
  • Bwg holland |potong
  • Cili api hijau n merah(lg sedap pakai cili banggala)
  • Tomato

Bahan Kisar:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lada hitam biji

CARA PENYEDIAAN:

  1. Kisar semua bahan kisar.
  2. Rebuskan daging sehingga lembut.
  3. Tumiskan bahan kisar tadi. Lebih kurang 5 minit masukkan daging dan air daging.
  4. Kemudian kacau dan masukkan sos lada hitam, sos cili, sos tiram, garam dan kicap.
  5. Masak sehingga agak pekat.
  6. Akhir sekali masukkan bawang holland, tomato dan cili.
  7. Kacau sehingga bawang sedikit masak.
  8. Siap untuk dihidangkan.

daging blackpepper

SELAMAT MENCUBA!
Sumber: CT Nazura Via MAHN
tags: | |