Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Daging Phad Phed Ala Thai, Confirm Makan Nasi Bertambah-Tambah!

Resepi Daging Phad Phed Ala Thai, Confirm Makan Nasi Bertambah-Tambah!

Kategori:
daging phad phed

Tiada idea nak masak lauk apa untuk makan tengahari? Haa, apa kata jom cuba buat daging phad phed ala Thai ini. Jika yang tidak makan daging, boleh juga digantikan dengan ayam. Jika ada yang mahu mencuba, boleh ikuti resepi lengkap di bawah.

Resepi Daging Phad Phed Ala Thai, Confirm Makan Nasi Bertambah-Tambah!

Bahan kisar:

  • Bawang merah 3 biji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Sedikit belacan
  • Sedikit halia
  • Sedikit lengkuas
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit kunyit hidup kalau xda pakai kunyit serbuk
  • Serai 2-3 batang
  • 7 tangkai cili padi
  • 5 tangkai cili kering yg direbus dahulu

Nota: Kuantiti ikut tahap kepedasan yang diingini

Bahan lain:

  • 1 sdk kerisik
  • 1/2 keping asam gelugor
  • 4 helai daun limau purut
  • Bawang holland dihiris
  • Sayur2 seperti kcg panjang, kobis bunga & carrot
  • Gula perang
  • Garam

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak & tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging & masak sehingga empuk.
  3. Masukkan asam gelugor & kerisik.
  4. Perasakan dgn gula perang & garam.
  5. Masukkan daun limau purut.
  6. Akhir sekali masukkan bawang holland dan sayur-sayur.
  7. Masak sehingga mesra.
  8. Selamat mencuba!

Nota: Kalau guna ayam goreng dahulu setengah masak.

 

Kredit: Saiful Nasuha

tags: