Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Nampak Macam Sedap, Jom Try Buat Dalgona Sirap Pulak. Agak-Agak Boleh Lawan Tak Dalgona Sebelum Ini

Nampak Macam Sedap, Jom Try Buat Dalgona Sirap Pulak. Agak-Agak Boleh Lawan Tak Dalgona Sebelum Ini

Kategori:
resepi dalgona sirap

Adakah anda masih ingat sewaktu PKP 1.0 dahulu. Dalgona ada di mana-mana. Ramai yang mencuba Dalgona Coffee, Dalgona Chocolate, Dalgona Milo dan sebagainya. Sehinggakan ada yang masuk hospital disebabkan penangan Dalgona Coffee ini. Jadi apa kata untuk PKP kali ini kita buat Dalgona Sirap yang penuh krim ini pula.  Nampak macam sedap kan? Jadi jom kita cuba buat sekarang.

Resepi Dalgona Sirap Yang Sedap, Penuh Krim & Pastinya Padu

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1 sudu besar kordial sirap
  • Susu full cream
  • Gula
  • Bunga telang (sebagai hiasan)

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, bancuhkan air sirap bersama gula dan air panas.
  2. Selepas itu, tuangkan ke dalam bekas kiub ais dan bekukan di dalam peti sejuk.
  3. Pukulkan 1/2 cawan whipping cream di dalam bekas sehingga kental.
  4. Kemudian, tambahkan 1 sudu besar kordial sirap.
  5. Kacau sehingga ia bertukar menjadi warna merah jambu. Letak tepi.
  6. Kemudian keluarkan ais kiub sirap yang telah dibekukan.
  7. Isi di dalam gelas kaca sehingga penuh.
  8. Tambahkan susu full cream dan letakkan krim sirap yang dipukul tadi.
  9.  Hiaskan dengan coklat dan bunga telang atau apa-apa hiasan yang anda suka.
  10. Siap untuk diminum.

Selamat mencuba!

Kredit : Tiktok Darlinelly

Baca juga : Resepi Dalgona Baru Campuran Kopi & Ais Krim, Dalgona AFFOGATO

tags: | |