Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Popular Dari Jawa, Ayam Masak Palembang Sedap Tak Terkata

Resepi Popular Dari Jawa, Ayam Masak Palembang Sedap Tak Terkata

Kategori:
ayam masak palembang

Biasanya, jika resepi masakan dari Jawa memang kena dengan tekak orang kita. Bagi sesiapa yang suka masakan Jawa terutama nasi ambeng memang akan serasi dan tahu akan kewujudan ayam masak palembang ni.

Ayam masak palembang ini jika dilihat sekilas, kita akan tertukar dengan masakan ayam masak kicap biasa. Tetapi sebenarnya ia mempunya tekstur kuah yang lebih pekat dan menyengat.

Okay, untuk sesiapa nak cuba masak sendiri ayam masak palembang, boleh try resepi ni. Senang, masak dekat rumah saja!

Resepi Popular Dari Jawa, Ayam Masak Palembang Sedap Tak Terkata

Bahan-bahan A (dikisar):

  • 1 ekor ayam
  • 2 biji bawang besar (sederhana)
  • 5 – 6 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari

Bahan-bahan B:

  • serbuk kunyit
  • 2 – 3 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 2 senduk nasi cili blend (boleh ikut kepedasan)
  • 2 keping besar asam keping
  • 100 ml santan
  • minyak untuk tumis
  • garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Gaul ayam dengan kunyit dan garam. Goreng setengah masak dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak.
  3. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia sampai naik bau.
  4. Masukkan cili blend.
  5. Tumis sampai pecah minyak.
  6. Masukkan kicap, kalau nak lebih hitam tambah kicap pekat.
  7. Masukkan daun kari.
  8. Tumis sekejap, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  9. Masukkan asam keping.
  10. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.
  11. Masukkan santan.
  12. Biarkan mendidih dan booleh dihidangkan.
  13. Kalau kering sangat, masukkan air sedikit.

ayam masak palembang ayam masak palembang

Okay, dah siap kita punya ayam masak palembang. Untuk peringatan kembali, resepi ini memang ngam untuk seekor ayam tau! Untuk sajian kali ini, bolehlah jika mahu dijadikan lauk untuk nasi panas-panas sahaja ataupun untuk lauk nasi ambeng. Makan pula dengan kerepok papadom yang beli dekat kedai tu.

Dan, untuk tambahan, sesiapa yang minat dengan rasa kari-kari sikit, bolehlah letak daun kari dalam langkah penyediaan akhir. Rasa lain dan aorama pun akan bertambah lazat.

Memang sedap sampai menjilat jari. Dijamin tak rugi jika mencubanya. Selamat memasak dan menikmati ya! Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber: Kunainna Hussin Chua

Baca juga: Resepi Sambal Tomato Tambah Buah Keras, Rasanya Sedap Dan Berlemak!

tags: | |