Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Diet Kurus Dan Sihat, ‘Salmon Grill Amous’ Yang Mudah & Sedap

Resepi Diet Kurus Dan Sihat, ‘Salmon Grill Amous’ Yang Mudah & Sedap

Kategori:
resepi salmon grill amour

Nak diet bukan perkara yang mudah. Perlu ada ilmu dan tahu apa yang boleh di makan dan tidak boleh agar misi diet menjadi. Dan ini ada resepi diet kurus dan sihat perkongsian seorang wanita di laman facebook. Resepi tersebut adalah Salmon Grill Amous. Ianya sangat sedap kerana perapan salmon ini yang membuatkan rasanya sangat luar biasa. Walaupun on diet,anda masih boleh makan sedap-sedap tau.

Resepi Diet Kurus Dan Sihat Dengan ‘Salmon Grill Amous’

CARA PENYEDIAAN:

  1. Sediakan salmon. Basuh bersih dan toskan. Cikgu guna dua sebab yang saiz besar tu nipis je.    
  2. Tumbuk lumat bahan di bawah:
    – dua hiris nipis halia
    – seulas bawang putihKemudian lumur atas salmon. Tambahkan bahan perapan di bawah:
    – 1 1/2 sudu besar sos blackpepper
    – dua cubit serbuk lada
    – dua cubit garam bukit
    – 1 sudu besar herbs campur ( boleh dapat kat kedai bakery)
    – 1 sudu kecil lada hitam kisar
    – dua cubit serbuk kunyit
  3. Lumur rata. Baki sos yang lebih simpan.
  4. Terus panaskan pan. Masukkan setitik dua minyak zaitun. Kalau nak nampak ikan ada bekas garis-garis, kawan cikgu guna pan macam kat atas ye. Kemudian masukkan ikan. Grill dengan api perlahan. Tak perlu tutup pan. Grill kira-kira 6-7 minit untuk setiap bahagian. Atau pastikan sedikit garing. Barulah dibalikkan untuk elak ikan terlekat atau hancur. Cikgu balik guna sudip besi tolak perlahan-lahan.
  5. Nah dah masak garing, cikgu lumur baki sos yang lebih tadi. Memang sangat-sangat sedap.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Afy AL Habibi

Baca juga : Resepi ‘Chicken Salad’ Paling Mudah. Menu Diet Tapi Sedap, Sampai Hari-Hari Nak Makan!

tags: | | | |