Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Dodol Homemade Yang Patut Anda Cuba, 12 Minit Je Dah Siap!

Resepi Dodol Homemade Yang Patut Anda Cuba, 12 Minit Je Dah Siap!

Kategori: ,

Siapa tak suka dodol panas-panas? Memang susah nak cari sebab biasanya dodol yang dijual sudah siap dipek. Bila dapat yang panas dan cair, fuuhh.. memang layan.

Bagi yang masih tak berkesempatan untuk makan dodol pada Hari Raya ini atau tiba-tiba teringin, bolehlah cuba resepi dodol homemade yang senang ni!

Tak payah tunggu berjam-jam tau! Di sini kita nak kongsikan cara buat dodol homemade sama ada gunakan periuk Noxxa atau kuali non-stick. Senang sangat-sangat! Jom kita tengok resepi yang dikongsikan oleh Are Peace ni.

Resepi Dodol Homemade Guna Periuk Noxxa

Bahan-Bahan :

  • 1 kotak kecil santan – jadikan 1 cawan. Kalau tak cukup, tambah air untuk genapkan sukatannya.
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • Secubit garam
  • Daun pandan – simpul kasih

Cara Memasak :

  1. Satukan semua bahan ( kecuali daun pandan) dan kisar.
  2. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk Noxxa. Masukkan juga daun pandan.
  3. Tutup dan ‘steam’ kan selama 4 minit.
  4. Buka penutup dan kacau hingga sebati.
  5. Kemudian tutup kembali periuk dan steam lagi selama 4 minit.
  6. Ulang langkah ini sebanyak 3 kali.
  7. Siap! Biarkan sejuk dan boleh dihidangkan.

Cara Masak Dodol Guna Kuali Non-Stick

Kalau tak ada periuk Noxxa pun tak apa, boleh guna kuali non-stick. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara-caranya.

Bahan-Bahan :

  • 500 gm tepung pulut
  • 3 cawan gula melaka (*) (boleh juga gunakan gula merah)
  • 2 cawan gula pasir (*)
  • 3 cawan air (*)
  • 2-3 helai daun pandan (*)
  • 1 kg santan pekat

Cara-Cara :

  • Masak bahan-bahan bertanda (*) hingga gula larut. Tapis dan tunggu sejuk sebentar.
  • Masukkan tepung pulut dan bahan yang dimasak tadi kedalam blender dan kisar
  • Tuangkan adunan tepung ke dalam kuali non-stick. Sentiasa kacau adunan bagi mengelakkan dodol berkerak.
  • Adunan akan meletup-letup dan pecah. Kacau dodol sehingga terbit minyak pada dan tidak melekat.
  • Padamkan api dan masukkan dodol ke dalam bekas untuk disejukkan.
  • Sedia untuk dinikmati.

Senang je rupanya nak buat dodol homemade! Lepas ni tak payah susah-susah nak cari dodol cair. Bila teringin, buat saja dari rumah. Mesti seronok dapat makan dodol panas-panas dekat rumah.

Paling best sekali, resepi ini hasilkan dodol dalam jumlah sedikit saja. Sesuai untuk orang bujang atau bila tak ramai orang di rumah. Barulah tak membazir. Selamat mencuba!

Sumber : Are Peace

tags: