Bila ada tetamu datang ke rumah secara tiba-tiba, tuan rumah pasti akan kalut tak tahu nak hidangkan apa buat tetamu. Pasti ramai yang pernah alaminya bukan? Apa kata, selepas ini jom buat donut frozen. Buat banyak-banyak, bila tetamu datang sudah ada makanan yang mahu dihidangkan. Ikuti resepi donut frozen di bawah.
Resepi Donut Frozen. Buat Stok Banyak-Banyak, Tinggal Goreng Je Bila Nak Makan
Bahan-bahan:
-
½kg tepung gandum
-
2 sudu besar marjerin
-
2 sudu besar susu pekat manis
-
2 sudu besar gula
-
1 sudu kecil baking powder
-
1 biji telur
-
Air suam
-
Sepeket yis kering (instant)
Cara-cara:
- Gaulkan tepung gandum, baking powder dan marjerin sehingga menjadi seperti serbuk roti.
- Air suam di bancuh bersama susu pekat, gula dan digaul bersama yis.
- Setelah susu dan yis kembang berbuih, curahkan ke atas adunan tepung tadi. Pecahkan sebiji telur, ambil air suam dan tuang sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
- Tutup adunan dengan kain lembab dan biarkan dalam 30 minit.
- Setelah 30minit, uli semula adunan yang telah kembang sehingga menjadi doh semula.
- Bentukkan secara bulat-bulat atau pun terap dgn acuan dan biarkan dalam dulang yang disapu minyak dalam 10 minit sebelum goreng.
- Panaskan minyak dengan api perlahan. Dah agak panas, goreng donut dan selalu balik balikkan sehingga jadi warna perang. Angkat dan tos minyak seketika sebelum di gaul dengan gula halus.
- Untuk frozen, goreng sekejap sahaja sehingga kekuningan cerah, tos dan masukkan ke dalam bekas untuk dibekukan .Bila nak goreng semula, biar kat luar dulu dalam 5 minit (defrost/nyahbeku) sebelum digoreng dengan api perlahan sehingga perang.
Kredit: Ruzana Ramli