Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Rahsia Donut Super Gebu Bak Kapas Dan Tak Berminyak, Mudah Je Nak Buat!

Resepi Rahsia Donut Super Gebu Bak Kapas Dan Tak Berminyak, Mudah Je Nak Buat!

Kategori:
resepi donut yang gebu

Senangnya je rupanya nak buat donut yang gebu, liat dan tak berminyak macam ni. Yang baru kali pertama cuba pun pasti menjadi. Tu pun kalau tak derhaka resepi. Kalau derhaka memang tak menjadi lah jawabnya. Jadi kalau nak dapatkan donut yang macam ni, boleh ikut resepi dekat bawah ini.

Sebelum itu pastikan segala bahan sudah mencukupi ya. Barulah tak kalut nak menyediakan donut super gebu, sedap dan lembut ni.

Resepi Donut Super Gebu Yang Mudah

BAHAN-BAHAN:

  • 1 1/2 sudu besar yis kering
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/3 sudu kecil garam halus
  • 3/4 cawan air suam
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 sudu besar minyak masak

CARA PENYEDIAAN:

  1. Campurkan air suam (panas sikit je tau, untuk aktifkan yis) + susu + garam + yis dan kacau sebati.
  2. Biarkan yis mengembang sekejap dalam 5-10minit. Sementara tu dalam bekas lain, campurkan tepung gandum + marjerin + minyak. Gaul rata sebati.
  3. Setelah yis mengembang, masukkan ke dalam adunan tepung dan mula menguli.
  4. Uli hingga tak lekat ditangan dan rupa doh kelihatan licin. (Bermakna doh kita sudah digaul sebati dengan jayanya. Di sinilah kunci rahsia untuk donut kita kelihatan mulus dan flawless dan cantik)
  5. Kunci rahsia untuk membuat donut yang kembang setaman dan super lembut adalah dengan menguli doh tersebut selembut yang mungkin (tapi jangan lah lembut sampai hancur bila dipegang pulak).
  6. Apabila dah setel menguli, rehatkan sekejap doh dalam 15-20 minit bagi dia kembang sikit.
  7. Setelah kembang, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bolehlah mula membentukkan donut kita. Terpulang lah nak buat donut ke bomboloni ke burger Malaysia ke pau ke cakoi ke. Semuanya dari doh yg sama. Senangkan?

Tips: Goreng dengan api perlahan dan jangan kerap terbalik kan donut tau, nanti donut serap minyak banyak

Ingat tips ini:

  • Uli doh selembut yang mungkin untuk dapatkan donut yang gebu bak kapas
  • Uli doh bagi kelihatan licin sekata untuk dapatkan donut yang cantik
  • praktiskan tips-tips ini dah cukup untuk hasilkan donut yang terbaik. Tak perlu pun pakai tepung roti atau apa-apa serbuk improver.

Mudah sahaja kan nak buat donut super gebu ni? Jadi tunggu apa lagi tu, jom lah kita buat sekarang. Nanti jangan lupa bahagikan dekat jiran juga ye.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Mohd Kholil Musa Via MAHN

Baca juga: Sekali Hidang Terus Licin! Ini Dia Cara Simple Buat Donut Coklat Yang Sedap Macam Dekat Kedai, Love Teruk!

tags: |