Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Dia Cara Datuk Alha Alfa Buat Dorayaki Yang Sedap

Ini Dia Cara Datuk Alha Alfa Buat Dorayaki Yang Sedap

Kategori: ,,

Beberapa hari yang lepas, Datuk Alha Alfa ada berkongsi video mengenai cara membuat dorayaki di laman facebook miliknya. Dorayaki ini adalah makanan daripada jepun dan diperkenalkan bersama dengan anime Doraemon. Kebiasaanya dorayaki ini dimakan bersama kaya atau coklat. Jadi jom kita cuba buat.

BAHAN – BAHAN  YANG DIPERLUKAN :

  • 2 biji telur
  • Masukkan gula | 1/4 cawan
  • Madu | 1 sudu
  • Baking powder | setengah sudu
  • Tepung gandum | 1 cawan
  • Susu segar | 4 sudu
  • Garam | Secukupnya
  • Nuttela/ coklat | Boleh guna apa-apa sahaja sebagai inti

CARA PENYEDIAAN :

  1. Pecahkan telur. Putar telur sampai sedikit kembang.
  2. Masukkan gula, pukul lagi.
  3. Masukkan madu dan baking powder. Pukul lagi sehingga kembang.
  4. Masukkan gandum, kacau lagi.
  5. Masukkan susu segar dan gandum. Kacau sampai sebati.
  6. Menggunakan senduk, tuangkan ke dalam kuali tanpa minyak.
  7. Apabila sudah siap boleh sapu dengan nuttela atau coklat dan kepitkan.
  8. Siap untuk dimakan.

Berikut adalah video yang dikongsi oleh Datuk Alha Alfa :

https://www.facebook.com/229570000446930/videos/320395395602382/?v=320395395602382

Selamat Mencuba !

Sumber : Facebook Datuk Alha Alfa

tags: