Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Fettucine Bujang Style. Pastinya Sedap Dan Sangat Mudah Untuk Disediakan!

Resepi Fettucine Bujang Style. Pastinya Sedap Dan Sangat Mudah Untuk Disediakan!

Kategori:
resepi fettucine bujang style

Fettucine merupakan salah satu makanan yang berasal dari keluarga pasta atau spaghetti. Bentuknya yang leper dan seperti reben ini memang sangat enak dimakan jika dimasak bersama-sama kuah yang berkrim. Bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa juga akan turut menggemari Fettucine ini.

Nak tahu cara mudah untuk buat Fettucine? Jom kita ikuti resepi di bawah ini. Sangat mudah dan rasanya sangatlah enak. Orang lelaki bujang pun boleh je buat tau.

Cara Mudah Buat Fettucine Bujang Style Yang Begitu Menyelerakan!

BAHAN-BAHAN:

  • Secekak fettucine
  • Isi αyam
  • Sekeping cheese
  • Bawang holland cincang
  • Bawang putih cincang
  • 2 cawan susu segar – boleh ganti susu cair
  • Cili padi (optional)
  • Daun ketumbar

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang holland dan cili padi.
  2. Masukkan isi ayam. Masak hingga isi ayam empuk.
  3. Tuangkan susu segar. Biarkan sikit mendidih. Masukkan cheese.
  4. Taburkan sikit serbuk lada hitam dan mixherbs. Kalau takde, takpe.
  5. Masukkan fettucine. Slowkan api. Tutup kuali.
  6. Biarkan fettucine melembut. Tambahkan air skit-skit untuk adjust kepekatan kuah.
  7. Rasakan dengan garam dan serbuk pati ayam. Siap.

Mudah sahaja kan nak buat Fettucine bujang style ini? Ikut je resepi dekat atas ni, memang padu teruk tau. Sekali rasa pasti jatuh cinta punya!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: As

Baca juga: Resepi Pasta ‘Gigi Hadid’ Yang Viral, Patut Pun Viral Sebab Terlalu Sedap! Boleh Dapat Full Star!

tags: |