Mungkin ada di antara kita yang teringin nak makan Fish Manhattan Platter ni kan? Memandangkan harganya yang agak mahal berbanding makanan biasa maka niat tersebut di batalkan. Tapi sekarang anda boleh cuba buat sendiri Fish Manhattan Platter ni dekat rumah masing-masing. Rasanya hampir sama dan tetap sedap. Tambahan lagi boleh jimat berganda-ganda.
RESEPI TEPUNG FISH & CHIP YANG RANGUP
Bahan-Bahan:
- 2/3 keping ikan dory
- 1/2 cup tepung jagung*
- 1/2 cup tepung beras*
- 1/4 cup tepung gandum*
- 1biji telur*
- 1sk baking powder*
- 1sk garam*
- 1sk black pepper*
- 1/2cup aiskrim soda*
- Lada sulah
Cara Penyediaan:
- Campurkan semua bahan bertanda * untuk dijadikan bancuhan ikan. (Aiskrim soda masukkan sedikit demi sedikit dan kacau. Jangan terlebih air sebab nak bagi bancuhan jadi likat).
- Keringkan permukaan ikan terlebih dahulu dengan tisu dapur kemudian tabur garam dan lada sulah.
- Sebelum goreng, salutkan ikan dengan tepung jagung dahulu untuk ikan tadi melekat pada bancuhan tepung kita.
- Panaskan minyak (minyak masak perlu banyak untuk bagi ikan tadi goreng dengan garing dan rangup. Jangan kedekut minyak ye.)
- Goreng ikan tadi dengan api yang sederhana panas. Jangan lama-lama nanti hangit. Apabila dah nampak tepung kekuningan boleh lah angkat. Masak ikan ni memang tak perlu garing didalam tapi rangup diluar.
- Boleh guna bancuhan tepung tadi untuk goreng udang dan sotong.
RESEPI SOS
Bahan-Bahan:
- 2 sb mayonis
- 1 sk perahab lemon
- Garam
- Black pepper
Cara Penyediaan:
- Kacau semua bahan di atas untuk dijadikan sos dan tabur daun parsley kering.
RESEPI KING CRAB
Bahan-bahan:
- Sos king crab
- 2 biji cili merah
- 1 biji cili hijau
- 1 sd sos ikan
- 3 biji bawang putih
- 1 sb perahan limau
- Garam
- Gula
Cara Penyediaan:
- Tumbuk atau kisar semua bahan di atas. Tuangkan bahan kisar ke atas king crab (letak dalam bekas)
- Masukkan gula dan garam secukup rasa.
- Kemudian kukus sehingga masak.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: NaNie Johari Via MAHN