Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Garlic Butter Spread, Setiap Kali Bakar Roti Dengan Sapuan Ini Semerbak Baunya. Memang Sedap!

Resepi Garlic Butter Spread, Setiap Kali Bakar Roti Dengan Sapuan Ini Semerbak Baunya. Memang Sedap!

Kategori:
resepi garlic butter spread

Bosan asyik makan roti dengan marjerin dan butter je? Apa kata kali ini jom buat garlic butter spread ni. Buat banyak terus, kalau nak makan tinggal sapu je dekat roti. Memang sangat sedap. Setiap kali bakar roti dengan sapuan ini semerbak baunya, satu rumah berbau. Sampai ke rumah jiran. Kalau jiran dah berbau harum tu bagi la sikit kat jiran rasa ye. Dan kalau anda tiba-tiba nak makan roti dengan sup cendawan memang kena sangat. Jadi jom kita cuba buat garlic butter spread ni dengan hanya menggunakan 3 bahan sahaja.

Resepi Garlic Butter Spread, Setiap Kali Bakar Roti Dengan Sapuan Ini Semerbak Baunya. Memang Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 labu bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu besar mixed herbs
  • Marjerin brand Naturel atau apa-apa brand lain.

*sapuan ni tak rasa masin ye.Kalau nak jugak rasa masin ada, guna sedikit garam bukit.

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan 1 sudu besar marjerin Naturel.
  2. Guna api perlahan sahaja. Kemudian, tuang bawang putih yang telah dicincang tadi.
  3. Setelah bawang mula naik bau dan sedikit garing, masukkan 2 sudu besar mixed herbs.
  4. Kacau rata. Tunggu herbs tadi naik bau seketika sebelum ditutup api.
  5. Aduh masa ni, bau wangi bergabung menusuk jiwa. Wangi gilaaa.
  6. Biarkan sejuk dulu.
  7. Dalam mangkuk, masukkan 9 sudu besar marjerin Naturel. Tambahkan bawang putih dan mixed herbs yang telah sejuk tadi.
  8. Gaul rata.
  9. Masukkan dalam bekas kedap udara.

CARA GUNA:

  1. Sapu tipis pada roti wheat bran sebelum sedia untuk dibakar.
  2. Bakar atas pan non stick.
  3. Biar roti garing lagi sedap.
  4. Sedia untuk dimakan.

 

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Afy AL Habibi

Baca juga: Cara Buat Korean Garlic Cheese Bread Yang Mudah. Guna Roti Burger Je Tapi Rasanya Sedap Yang Amat!

tags: