Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cikgu Ini Dedah Resepi Gulai Kari Kambing Yang Super Marvellous, Sekali Hidang Terus Licin. Sikit Pun Tak Tinggal!

Cikgu Ini Dedah Resepi Gulai Kari Kambing Yang Super Marvellous, Sekali Hidang Terus Licin. Sikit Pun Tak Tinggal!

Kategori: ,
gulai kari kambing

Gulai Kari Kambing merupakan antara hidangan bergulai yang jarang sekali untuk kita buat kan? Namun kalau beli kebiasaanya tak cukup. Apatah lagi kalau anda penggemar gulai kambing. Jadi apa kata buat sendiri je dekat rumah.

Caranya tak susah pun, cuma kene pandai bahagikan rempah dan bahan agak rasanya tak muak. Ada seorang wanita di laman facebook yang lebih suka membahasakan dirinya cikgu ada berkongsi resepi gulai kari kambing ini. Jadi jom kita ikuti perkongsian beliau.

Resepi Gulai Kari Kambing Yang Mudah & Sedap

Bahan-Bahan :

  • 1 sdk halba campur
  • Daun kari
  • 3 sdb rempah kari
  • 1 sk serbuk cili Baba’s
  • 1/2 relung nisse@ 1/2 sudu besar gula melaka
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil gula
  • Secubit dua serbuk perasa
  • 1 senduk santan
  • 1 cawan air
  • Garam, gula secukupnya
  • 500 gram daging kambing

Bahan Kisar : 

  • 1 1/2 biji bawang merah saiz bola ping pong.
  • 1 ulas kecil bawang putih
  • 1 hiris nipis bulat serai
  • 1 hiris nipis halia
  • 1/2 hiris nipis lengkuas

Cara Penyediaan :

  1. Tumis campuran halba tadi diikuti dengan setangkai daun kari.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau atau wangi.
  3. Seterusnya masukkan rempah kari dan cili Baba’s dan tumis sehingga garing.
  4. Tuang segelas air dan masukkan gula melaka, garam, gula dan sedikit serbuk perasa.
  5. Biarkan bahan tumis pecah minyak dalam api perlahan kira-kira 5-8 minit. Boleh tutup periuk dan kacau sesekali.
  6. Kemudian baru masukkan daging kambing.
  7. Selepas daging sudah mula empuk kira-kira satu jam, masukkan 1 senduk santan diikuti satu cawan air. Kacau.
  8. Tambah perasa peringkat kedua dan biarkan kuah mendidih dengan api perlahan. Masa kira-kira 6-8 minit sebelum ditutup apinya. Kacau sesekali.
  9. Siap untuk dihidangkan.

Kredit : Afy AL Habibi

Baca juga : Cara Buat Gulai Ayam Kelantan Yang Paling Simple Dan Sedap, Siapa Pernah Rasa Pasti Tahu Kesedapannya Macam Mana!

tags: |