Jom cuba buat Hotdog Kukus Bolognese hasil resepi perkongsian oleh Khabbab Jamalludin. Menurutnya, anak-anak beliau request nak makan fast food. Jadi, terhasil lah menu ini. Yang penting, ianya lebih sihat berbanding beli.
Anak-Anak Nak Makan ‘Fast Food’, Bapa Ini Kongsi Resepi Hotdog Kukus Bolognese Sedap & Sihat!
Bahan-bahan:
- Hotdog (Ramly Frankfurter Lembu atau ikut selera masing-masing)
- Roti hotdog
- Setengah biji bawang besar dipotong dadu
- 1 setengah biji tomato dipotong dadu
- Satu sudu teh serbuk oregano
- Pes tomato Prego
- Daun basil (jika ada)
Cara-cara:
- Panaskan pengukus. Bila air dan mendidih, masukkan hotdog dan kukus selama 2 minit.

- Kemudian kukus pula roti selama 1 minit. Pastikan roti dipotong ditengah sebelum dikukus.

- Tumiskan bawang besar, tomato dan serbuk oregano menggunakan minyak zaitun atau minyak biasa. Kalau nak pedas boleh tambah cili juga masa tumis ni.
- Masukkan pes tomato prego. Kacau dengan menggunakan api perlahan.

- Biarkan kuah memekat dengan air dari tomato tadi. Jangan terlalu cair kerana nak letak atas roti nanti.
- Tambah beberapa helai daun basil jika ada. Dah pekat boleh perasakan dengan garam sedikit.

- Kuah tadi boleh letakkan ke atas hotdog yang dah dimasukkan kedalam roti tadi.

- Siap!

Kredit: Khabbab Jamalludin
Baca juga: Buat Sendiri Je Sos Bolognese Tanpa Guna Sos Segera. Sekali Buat Dapat Sekuali, Jimat!